Bab 12

8.2K 295 27
                                    

  {Everything will be okay in the end. If it's not okay,it's not the end. }

•••••

     Intan Zulaikha terbaring lesu, penutup oksigen menghiasi wajahnya. Kepalanya sudah berbalut dengan bandaged. Sungguh dia kelihatan pucat seperti mayat hidup namun sedikit pun tidak menjejaskan kecantikkan pada wajahnya. Bunyi mesin denyutan nadi masih turun naik dengan tenang.

     Datin Jamila memandang sayu wajah Intan Zulaikha yang kelihatan persis puteri yang sedang tidur. Sesekali dia mengeluh mengenang nasib puterinya itu. Datuk Kamal disisi tidak putus-putus memeluk bahunya memberi semangat. Jari jemari lembut anak gadisnya itu dipegang perlahan-lahan. Semuanya gara-gara keluarga Bella yang menyebabkan dia kehilangan tawa anak gadisnya! Hati datin Jamila mula diisi dengan kebencian.

     Tersarung indah cincin permata di jari, cincin yang menjadi bukti bahawa anak gadisnya itu sudah menjadi milik yang sah kepada Hafiz Rafael. Salah satu berita yang tersangatlah pahit untuk ditelan buat mereka sekeluarga. Namun nasi sudah menjadi bubur, tiada apa yang mereka harapkan buat masa ini selain menanti Intan Zulaikha sedar dari lenanya yang panjang.

~~~~~~~~~~

     Sehari sudah berlalu, namun tiada tanda-tanda positif Intan Zulaikha bakal menyedarkan diri. Hafiz Rafael yang sudah sedar dari pengsannya hanya menyepikan diri. Dia lebih suka menyendiri dari melayan sesiapa pun. Sepatah saja dia menjawab tatkala Puan Bella bertanya mahupun doktor. Kecederaannya makin parah tatkala dia berdegil dan tidak mahu menerima rawatan dari doktor.

     "Intan Zulaikha.." Hanya nama itu yang dituturnya setiap masa. Terkadang dia meracau dalam tidurnya memanggil isterinya itu.

     "Intan Zulaikha!" Dia merintih sambil mengalirkan air mata.

     Doktor yang merawat sudah menekan picagarinya. Namun berjaya ditepis oleh Hafiz Rafael. Puan Bella sudah mati akal, sungguh dia risau tentang luka Hafiz Rafael. Sudahlah dia terpaksa melihat keadaan anaknya itu bersendirian tanpa Encik Rahim dan Hainan Syamimi. Masing-masing di tempat kerja dan sekolah.

     "Rafael! Stop it. Ni mama ada." Ujar Puan Bella menenangkan Hafiz Rafael yang masih berdegil dariada membenarkan doktor merawatnya.

     "Doktor, baik bagitau mana Intan Zulaikha! Kau rampas dia dari aku ke? Dari kau rawat aku, baik kau biar aku mati!" Ujar Hafiz Rafael kasar dan sudah meronta-ronta dari pegangan jururawat lelaki disitu.

      "Encik Rafael, tolong tenang. Saya nak rawat luka awak yang sudah semakin parah" Ujar doktor wanita itu. Hafiz Rafael meronta sengaja dia protes bagi memaksa mereka memberitahu keberadaan Intan Zulaikha.

      "Aku takkan bagi kau rawat aku selagi kau tak bagi tau mana isteri aku!" Tengking Hafiz Rafael kuat.

      "Tenang Encik Rafael, biar saya rawat luka encik dulu baru saya bagi tau." Ujar Doktor Lily yang sudah memberi ubat penenang kepadanya. Hafiz Rafael memberhentikan tindakannya. Bimbang juga doktor muda itu memberi dos yang kuat. Tidak mahu dia pengsan begitu saja.

      30 minit telah berlalu dalam suasana tenang. Lukanya telah dicuci dengan khidmat jururawat yang bertugas. Namun masih terasa ngilu kesan daripada ubat yang diletakkan pada lukanya. Mujur juga matanya yang kabur sudah pulih dan dia boleh melihat semula.

      "Mana Intan Zulaikha?!" Tegas wajah Hafiz Rafael memandang Doktor Lily.

      Puan Bella memandang lama kearah wajah Doktor Lily seolah-olah memberi isyarat agar berdiam diri sahaja. Doktor Lily yang sudah mengesan maksud Puan Bella sudah berura-ura mahu keluar dengan segera. Sengaja dia melihat dokumen yang berada di tangan jururawat dengan keadaan berpura-pura.

Arjuna Hatiku | CWhere stories live. Discover now