Bab 26

6.3K 208 1
                                    

{Everything will be okay in the end. If it's not okay,it's not the end. }

••••••

       Jam sudah menunjukkan angka 10, saat Intan Zulaikha sedang memeluk lututnya diatas katil. Badannya sudah mengigil. Terasa sejuk kakinya saat ini. Terketar-ketar dia mencapai telefonnya dan terus dia mendail nombor telefon Iqbal Shafique. Sementelah nama lelaki itu yang berada paling atas di senarai whatsappnya.

       Iqbal Shafique yang baru usai solat Isyak segera menoleh saat telefonnya berbunyi minta diangkat. Segera dia mencapai telefonnya dan melihat gerangan si pemanggil. Oh cik doktor sebelah rumah rupanya. Tanpa dia sedar bibirnya mengukir senyuman namun terselit juga perasaan aneh. Ye la tak pernah minah tu nak call dia, rindu ke apa? Segera dia menjawab panggilan tersebut.

      'Hello, Assalamuaikum doktor Intan Zulaikha..what bring you to call me right now? '

       Hanya sunyi. Cuma bunyi dengusan menahan sakit sahaja yang kedengaran dicorong telefon.

      'Fiq, tolong saya..' Teresak-esak suara Intan Zulaikha

      Iqbal Shafique terkejut, tiba-tiba terasa denyutan jantungnya makin laju. 'Hello? Ikha awak okey?'

     'Tolonggg..saya..' Intan Zulaikha berkata terketar-ketar sebelum tangannya tertepis cawan kaca yang berada diatas meja tidur dan dia jatuh pengsan.

      Iqbal Shafique mula rasa tidak sedap hati 'Intan Zulaikhaa?' Namun tiada sahutan lagi. Segera dia berlari keluar dari rumahnya dan menuju ke rumah Intan Zulaikha.

        Iqbal Shafique mengetuk pintu rumah Intan Zulaikha. Nak pecahkan pintu macam mustahil pulak sebab pintu dekat apartment ni dilengkapi dengan sistem sekuriti yang kuat. Segera dia menoleh dan mencari-cari dibawah pasu manalah tahu ada kunci pendua. Namun gagal.

      "Fikir Fiq. Fikir! Macam mana aku nak buat ni?" Iqbal Shafique berjalan kehulu kehilir di depan pintu rumah Intan Zulaikha sambil mencari idea. Tiba – tiba idea yang paling bernas muncul dikepalanya.

Balkoni!

       Laju dia memasuki rumahnya semula. Segera dia mengalihkan pasu bunga yang memisahkan balkoni rumah mereka. Hanya ada sedikit jarak sahaja namun bagi lelaki sepertinya jarak tersebut apatah sangat dibandingkan dengan kerjanya selama ini. Pantas dia melompat masuk ke dalam balkoni rumah Intan Zulaikha.

        Lagi sekali dia mengetuk pintu cermin berkaca tersebut. "Intan Zulaikha?" Namun tetap tiada sahutan.

       Dia menarik pintu tersebut. Mujur tidak berkunci. Perlahan bibirnya mengucapkan Bismillah dan berdoa semoga dirinya dan juga Intan Zulaikha dilindungi daripada hasutan Syaitan. 

      "Ikha? Awak dekat mana?" Iqbal Shafique mula gelisah. Lampu terpasang di ruang tamu namun tuan rumahnya tiada. Laju dia mencari kelibat cik doktor dan kakinya berhenti di hadapan bilik Intan Zulaikha. Iqbal Shafique meneguk air liurnya. Perasaan nervous mula menyerbu. Perlu ke dia masuk? Rasa macam menganggu privasi tuan rumah je. Masuk atau tak?

       Ah! fikir positif. Sekarang kau nak selamatkan dia, kau kena pastikan dia okey. Segera dia memulas tombol pintu bilik dan alangkah terkejutnya dia melihat Intan Zulaikha sudah terbaring di bawah katil.

      "Intan Zulaikha!" Iqbal Shafique menjerit dan menerpa kearah tubuh Intan Zulaikha. Tanpa membuang masa segera dia merangkul tubuh kecil itu dan mencapai kunci kereta milik Intan Zulaikha yang memang dia nampak berada berdekatan. Segera dia mencempung tubuh gadis itu dan sempat mengunci pintu rumah mereka berdua sebelum laju keluar memboloskan diri kedalam lif.

Arjuna Hatiku | CWhere stories live. Discover now