Bab 38

5.6K 200 0
                                    

      {Everything will be okay in the end. If it's not okay,it's not the end. }

••••••

      Intan Zulaikha segera mencari bayang Datin Jamila dan Datuk Kamal. Mujur kedua ibu bapanya itu masih belum tidur. Pantas dia mendapatkan kedua mereka yang sedang berada di dalam bilik bacaan Datuk Kamal.

     "Assalamualaikum mama papa." Serius Intan Zulaikha memberi salam dan mencium tangan mereka berdua.

     "Waalaikumusalam. Eh Ikha sayang, kenapa tak inform mama dengan papa dulu yang Ikha nak balik sini?" Soal Datin Jamila sambil tersenyum walaupun masih terkejut.

      "Kenapa dahi kamu Ikha?" Ujar Datuk Kamal dengan riak terkejut begitu juga Datin Jamila yang segera menilik benjolan yang nampak agak lebam di dahi puterinya itu.

     "Lebam ni tak penting pa, kalau nak dibandingkan dengan apa yang Ikha nak tanya mama dengan papa malam ni." Serius suara Intan Zulaikha memandang mama dan papanya itu.

      "Kenapa sayang? Bunyi macam serius je ni?" Datin Jamila segera menarik tubuh puterinya itu kearah sofa disebelahnya dan memegang lembut wajah Intan Zulaikha.

     "Siapa Hafiz Rafael?" Soal Intan Zulaikha.

     Suasana menjadi senyap. Wajah kedua orang tuanya itu menjadi tegang. Intan Zulaikha memandang dengan riak ingin tahu walaupun memorinya sikit-sikit telah muncul kerana hentakkan di kepalanya tadi.

     "Siapa tu sayang?" Soal Datin Jamila polos. Cuba melindungi hakikat sebenarnya.

     "Mama jangan bohong Ikha. Lagi sekali Ikha tanya jujur siapa Hafiz Rafael? Apa hubungan dia dengan Ikha?" Soal Intan Zulaikha lagi. Matanya sedikit berkaca menahan rasa.

       Datuk Kamal mengeluh dan mengusap janggutnya yang sejemput. Tiada gunanya lagi mereka membohongi Intan Zulaikha.

       "Dia suami kamu Ikha." Datuk Kamal memandang sayu.

      "Abang! Kita dah janji! Bukan Ikha! Lelaki tu bukan siapa-siapa dalam hidup Ikha! Papa salah cakap tu." Jerit Datin Jamila dengan riak tidak percaya kearah suaminya itu

      "Sampai bila kita nak bohong anak kita sendiri Mila? That is not fair for her. Sebelum banyak hati yang terluka, sebelum kita benar-benar hilang anak kita. Baik kita jujur sayang. This is her life, kita tak boleh jadi dinding yang halang benda yang memang halal dalam islam sayang." Datuk Kamal memandang wajah isterinya.

       Datin Jamila menangis. Intan Zulaikha juga telah mengalirkan air matanya. Sungguh pedih rasanya kebenaran yang baru terbuka. Hatinya makin keliru. Perasaan bersalah mula menebal didalam hati. Suaminya Hafiz Rafael dan si kekasih hati Iqbal Shafique. Dia salah dalam memberi hati, mencintai seseorang yang bukan haknya. Hatinya makin pedih.

      "Kenapa mama dengan papa tak bagitahu dari dulu?" Intan Zulaikha berdecit hiba sambil menundukkan wajahnya yang kecewaa

     "Maafkan mama dengan papa sayang, mama benci dia,mama benci keluarga dia. Kalau bukan sebab mereka Ikha takkan jadi macam ni." Datin Jamila memeluk bahu Intan Zulaikha sebak.

     "Dan mama memperjudikan hati Ikha sebab dendam mama dengan mereka? Mama rapatkan ikha dengan seseorang yang bukan milik Ikha. Banyak hati terluka ma. BANYAK! Hati ralph, hati Fiq, hati ikha sakit sangat sakittt!" Intan Zulaikha menitiskan air matanya.

     "Bukan sayang, mama sayang dekat Ikha. Mama titipkan Ikha dengn mereka suruh jaga baik-baik tapi apa yang mama dapat sayang? Yang mama dapat kembalinya sekujur jasad puteri yang mama kandung terbaring diatas katil. lkha tau tak perasaan mama waktu tu? Mama rasa dunia mama gelap, mereka ambil Ikha dengan cara yang tak elok. Mama benci!"

Arjuna Hatiku | CWhere stories live. Discover now