Bab 51

5.6K 160 5
                                    

{Everything will be okay in the end. If it's not okay,it's not the end. }

••••••         

     Kelibat manusia agak ramai di panggung wayang GSC pada malam itu. Semasa berjalan mencari kerusi menuruni tangga di dalam wayang yang gelap , Hafiz Rafael pada mulanya hanya memegang hujung baju Intan Zulaikha menarik gadis itu mencari nombor kerusi. Nanti kalau pegang tangan Ikha, mesti dia taknak! Sempat Hafiz Rafael bermonolog di dalam hati.

      Akram hanya membontoti mereka sambil memegang popcorn dan minuman. Keadaan yang agak kelam menyebabkan kaki Intan Zulaikha tersandung. Mujur Hafiz Rafael sempat memegang tangan halus Intan Zulaikha. Lembut!

       Intan Zulaikha terkedu, kenapa hatinya seakan-akan cair? Dia hanya membiarkan pegangan erat Hafiz Rafael yang memimpinnya kearah kerusi. Tangannya umpama digam! Bukannya tidak pernah jarinya itu dipegang Hafiz Rafael, cuma kali ini perasaannya terasa berbeza.

       "Sayang duduk dekat sini." Hafiz Rafael menunjukkan arah. Intan Zulaikha hanya menurut.

       Baru sahaja Hafiz Rafael ingin melabuhkan punggungnya disebelah Intan Zulaikha, Akram dengan pantas duduk dahulu disitu. Aduh musnah plan aku. Hafiz Rafael hanya mampu mencebik dan mengambil tempat disebelah Akram yang sepatutnya milik lelaki itu.

       Akram tersengih kemenangan. Dia duduk di antara Intan Zulaikha dan Hafiz Rafael. Hafiz Rafael pantas menyedut minumannya tanda protes dan memasukkan sejumlah besar popcorn yang berada di tangan Akram kedalam mulutnya. Dia batuk kerana hampir sahaja tercekik. Makan hati sungguh!

       "Awak tak apa-apa Ralph?" Soal Intan Zulaikha kearah Hafiz Rafael tatkala mendengar lelaki itu terbatuk.

       "I'm okey sayang." Sedikit sebanyak hatinya beransur-ansur sejuk apabila mendengar Intan Zulaikha masih prihatin terhadap dirinya.

      "Ikha, movie apa kita tengok ni?" Soal Akram membuka bicara.

      "Entah, movie Sabrina rasanya."

      "Movie apa tu sayang?"

      "Movie seram." Hafiz Rafael membalas pertanyaan Akram. Akram dah buat rolled eyes. Aku tak tanya kau pun, nasib baik keadaan gelap. Kalau cerah mau dia kena penumbuk dengan Hafiz Rafael.

      "Sayang nak air?" Soal Hafiz Rafael sambil menjengilkan kepalanya kearah Intan Zulaikha dan menghulurkan minuman.

      "Tak payah, aku dah bagi untuk Ikha tu. Terima kasih sebab bagi aku air ni." Akram tersengih, pantas dia ambil air yang dihulurkan Hafiz Rafael.

      "Shhhh, diamlah abang Am. Dah nak start ni." Intan Zulaikha berbisik memarahi Akram yang asyik membebel sedari tadi.

        Baru 30 minit tayangan sahaja sudah ada babak yang menyeramkan ditambah sound effect yang memberikan kejutan. Intan Zulaikha hanya fokus kearah jalan cerita. Dia bukanlah seorang yang melayan movie bergenre dari seberang.

        Jadi dia hanya statik melihat cuma sesekali ada babak yang mengejutkan sahaja dia menekan peha Akram kuat. Tatkala itu juga dia hanya mampu menahan ketawa apabila melihat abangnya dan Hafiz Rafael yang asyik terkejut dan berpelukan sesama sendiri. Ada jugak orang kena sakat bila dah habis wayang ni nanti. Ikha melepaskan tawanya. Bergetar-getar badannya menahan tawa.

       "Ikha kenapa gelak? Abang Am tengok tak ada yang kelakar pun movie ni. Astagfirullah Al-Azim!" Bisik Akram sambil mengurut dadanya kerana terkejut dengan hantu yang tiba-tiba muncul.

Arjuna Hatiku | CWhere stories live. Discover now