Bab 68

8.2K 226 35
                                    

{Everything will be okay in the end. If it's not okay,it's not the end. }

••••••      

     Semenjak pertemuannya dengan Iqbal Shafique petang tadi, sudah acapkali bibirnya mengeluh halus. Kenapa sampai saat ini dia masih teringatkan mamat sewel tu? Intan Zulaikha duduk dan meletakkan tas tangannya di atas sofa. Hari ni terpaksa dia tinggalkan kucing parsinya Maya dekat apartmentnya sementelah dia bermalam di rumah Datin Jamila dan Datuk Kamal. Rasa bersalah pula dirinya tidak menyambut abang kesayangannya pulang dari Lubnan pagi tadi.

    Intan Zulaikha meraup wajahnya. Mama dan papa nampaknya masih tidak menyedari kepulangan dirinya. Semua sedang sibuk berada di ruang dapur.

     Akram yang sedang turun dan menyanyi kecil sempat berkali-kali memandang susuk kepala Intan Zulaikha di belakang sofa. Ada idea nak menyakat datang ni. Terjingkit-jingkit Akram berjalan kearah Intan Zulaikha tanpa mengeluarkan sebarang bunyi.

    Laju Akram melompat dari belakang sofa dan memaut kepala Ikha dengan lengannya.

    "Abang Am!!!" Intan Zulaikha terjerit. Ni tak lain tak bukan lah ni nak buli aku!

     Akram sudah melambakkan tawa. Kepala Intan Zulaikha masih tidak lepas dari lengannya. Gaya macam ahli gusti sudah. Sengaja dia halakan muka adiknya itu ke arah ketiaknya.

    "Surprise! "

    "Abang Am ni. Lepaskan lah Ikha. Euwwwww.. Ketiak busuk ada hati nak hala dekat Ikha." Laju tangan ketam Intan Zulaikha mencubit dada Akram. Rangkulan Akram mengendur.

     "Aduh sakitlah dada mak." Sengaja Akram tayang muka 'nyah' sangat. Dia dah mencium ketiaknya sendiri. Wangi je!

    "Hesy, abang Am ni dari bujang sampai dah ada anak tak berubah sangat perangai. Suka buli Ikha!" Muncung Intan Zulaikha sudah panjang sedepa. Dia sudah berpeluk tubuh. Konon nak merajuk.

     "Sayang kenapa tu?!" Laung Datin Jamila dari arah dapur.

     "Tak ada apa mama, Am bergurau dengan Ikha ni. Setahun lebih tak jumpa. Rindu betul abang nak buli Ikha." Akram mengekeh ketawa sambil melihat muka cemberut adiknya itu. Hamboi muncung tu dah macam boleh sangkut hanger.

     "Sayang kerja macam mana? Okey? Ikha ada jumpa Fiq ke?" Soal Akram sambil tersengih. Dia memandang wajah adiknya itu. Laju muka Intan Zulaikha memandang Akram tatkala mendengar nama mamat sewel tu. Cepat-cepat Akram mengawal senyumnya agar nampak serius.

     "So bestfriend forever and ever abang tu datang mengadu dekat abang la ni?" Soal Intan Zulaikha kembali.

      "Aik, abang tanya Ikha, Ikha pulak tanya dekat abang balik. Kenapa Ikha buat dia macam tu? Kesian dia sayang oi."

     "Buat apa Ikha nak kesian dekat dia? Dia dah bahagia pun dengan bini dia."

     "Mana Ikha tahu dia ada bini? Haila adikku sayang, Fiq tu teruna lagi. Kahwin pun belum apatah ada bini."

     "Abang Am beria-ria backup kawan baik abang tu kenapa? Jangan cakap abang berkomplot dengan dia pulak! Antara Ikha adik abang dengan Fiq, mana yang abang pilih?"

    "Abang pilih dua-dua. Ikha tau tak apa yang jadi dekat dia selama ni?"

    "Tak nak ambil tahu!" Tutur Intan Zulaikha yang masih berpeluk tubuh.

    "Betul ni tak nak ambil tahu? Hah, jangan menyesal pulak nanti." Ugut Akram. Keningnya sudah di angkat-angkat. Akram dah berdira, berura-ura mahu menuju ke dapur.

Arjuna Hatiku | CWhere stories live. Discover now