Bab 42

6.1K 189 37
                                    

 {Everything will be okay in the end. If it's not okay,it's not the end. }

••••••         

      Setibanya di airport Dubai, perut Iqbal Shafique sudah berbunyi minta diisi sementara dia menunggu pesawat lain yang menuju ke Lubnan. Laju dia berjalan kearah Starbuck sebelum lengannya disentuh.

     "Fiq, tunggu!" Nelydia sudah menahan.

     Iqbal Shafique memejam matanya. Spoil sungguh moodnya saat ini, boleh pulak banyak-banyak negara, dekat Dubai jugak terserempak dengan bekas tunangnya itu.

      Mujur Iqbal Shafique memakai earphone, sengaja dia tidak berpusing umpama Nelydia tiada disitu. Tangannya ligat menekan button selfservice di Starbuck itu.

     "Fiq! Look at me." Nelydia masih tidak berputus asa, Tangannya sudah memaksa badan Iqbal Shafique menghadap dirinya.

     "Don't touch me! Kau nak apa lagi? Leave me alone, mana suami kau yang kau banggakan sangat tu?!" Tangan Iqbal Shafique sudah menepis tangan Nelydia. Sempat dia menilik keadaan wajah gadis itu. Terdapat kesan lebam dilehernya.

      Nelydia yang menyedari pandangan mata Iqbal Shafique cepat-cepat menarik shawls yang melilit lehernya. "Okey, I'm sorry Fiq. We need to talk, please."

     "Nak cakap apa lagi Nely? Tolong jangan kacau aku!" Iqbal Shafique sudah berura-ura mahu pergi namun selagi lagi Nelydia menahan.

     "Fiq, tolong jangan rumitkan keadaan. We need to talk about everything. Please duduk dulu." Nelydia sudah mengalirkan air mata.

      Iqbal Shafique mengeluh namun terpaksa dia duduk menghadap bekas tunangnya itu. "Kau nak cakap apa? Baik kau cakap sekarang? Sebab aku banyak kerja lain lagi kena fikir tambah-tambah urusan Negara."

     "Fiq, thank you. I tahu you baik." Nelydia sudah tersenyum.

     "Fiq, I minta maaf selama ni banyak sakitkan hati you. I just need a friend to talk with. You sudi tak maafkan I dan you sudi tak terima I as a friend?" Jujur Nelydia meluahkan isi hatinya.

      Iqbal Shafique memandang Nelydia cuba mencari keikhlasan di balik kata-kata gadis itu. Pedih juga hatinya kerana dahulu gadis dihadapannya ini lebih memilih lelaki yang berkerja sebagai pegawai bank itu dari dirinya dengan alasan lelaki itu ada setiap masa disaat dia perlukan kasih sayang berbanding dirinya yang selalu tersepit kerana kerjaya yang memerlukan dia meninggalkan bekas tunangnya selama berbulan-bulan. Namun jodoh siapalah kita untuk menghalangnya. Akhirnya Nelydia selamat berkahwin dengan pilihan hatinya sendiri.

      Iqbal Shafique hanya angguk. "Aku maafkan kau."

     "Terima kasih Fiq, I tahu you baik. Baik sangat tak macam dia." Luah Nelydia lagi.

    "Apa maksud kau? Cuba kau berterus terang. Aku ada banyak hal lagi ni!"

    "Sebenarnya Fiq. I tak bahagia, husband I kuat cemburu. Dia memang baik tapi kuat cemburu. Kadang-kadang bila kami gaduh I terpaksa bandingkan perangai dia dengan you. You tengok ni, I hampir mati sebab dia nak cekik I. Kalau lah masa boleh diundur, I takkan sia-sia kan hubungan kita." Nelydia menunjukkan kesan lebamnya dileher.

      "Kenapa kau perlu ungkit-ungkit nama aku? Sebenarnya kau cintakan dia tapi sebabkan perangai kau membanding-bandingkan orang ni buat hubungan kau jadi hancur. Takkan lah perangai sebelum kahwin kau nak bawak sampai korang dah kahwin? Kau tahu kenapa relay kita hancur? Sebab perangai kau yang tak berubah ni lah. Please, ubah perangai kau. Cuba jadi seorang isteri yang baik dekat laki kau. Kau datang Dubai ni sebab kau lari dari laki kau kan?" Iqbal Shafique sudah membebel memberi ceramah percuma kepada Nelydia.

Arjuna Hatiku | CWhere stories live. Discover now