Bab 16

7.5K 287 33
                                    

         {Everything will be okay in the end. If it's not okay,it's not the end. }

••••••

     Iqbal Shafique melihat permandangan bumi dibawahnya. Kecil umpama dirinya juga kerdil di hadapan pencipta yang Maha Esa. Hari ini sahaja dekat 45 minit dia menghabiskan masanya dengan pesawat Sukhoi Su-30MKMnya untuk latihan Langkawi International Maritime and Aerospace Exibition (LIMA) yang bakal berlangsung beberapa minggu lagi. 

     Dia tersenyum puas kerana kali ini pesawatnya senada dengan pesawat sahabatnya yang lain. Memacu jet pejuang memang cita-citanya sedari kecil. Okey sebenarnya pengaruh movie Ultraman juga! Dia tertawa kecil didalam kokpitnya.

      Mendarat sahaja di landasan pengkalan TUDM Subang, dia disambut oleh sahabat baiknya Akram. Helmetnya dipaut disisinya, Iqbal Shafique yang masih berkaca mata hitam terseyum.

     "Bro, smooth landing kau tadi." Akram memeluk bahu Iqbal Shafique dan beriringan berjalan keluar hangar.

    "Thank bro, kau pun sama." Iqbal Shafique tersenyum menyerigai.

    "Adik aku okey tak duduk sebelah rumah kau tu? Dia ada buat hal tak?"  Soal Akram

    "Setakat ni dia okey lah, tapi adik kau tu penakut kucing ke?"

     Akram angguk sambil ketawa. "Dia memang geli dengan kucing dari kecik lagi, sebab dia pernah kena cakar dengan kucing. Teruk juga dia menangis dulu..tu sebab kat rumah aku tak ada kucing." Terang Akram lagi.

     Iqbal Shafique turut tertawa. "Patutlah, kucing Parsi aku si Mika bergesel dekat kaki dia bukan main lagi dia suruh halau kucing aku yang comel tu."

    "Alahai, kau abai kan je dia tu kadang-kadang mengada je lebih. Fiq nanti datang lah rumah aku, next week ada kenduri sikit."

    "Kenduri apa Am? Kau nak kahwin dah ke dengan Umairah?"

     Akram tertawa. "Kalau aku kahwin, awal-awal lagi aku dah suruh kau jadi pengapit aku, datang lah kenduri aqiqah anak buah aku, anak abang Akim."

     "Kalau tak ada aral melintang, Insha Allah aku datang bro." Sempat mata Iqbal mengerling tukang mesin rumput yang berada berdekatan dengan keretanya sebelum memandang wajah Akram yang sedang memanaskan enjin kereta.

     Entah macam mana, tiba-tiba ada batu yang terpelanting mengenai dahi Iqbal Shafique. 

     "Aduhhh." Tangannya memegang dahinya.

    "Wei Fiq kau okey tak? Woi bro hati-hati potong rumput!" Akram sudah meluru mendapatkan Iqbal Shafique dengan cemas. Maunya tak terkejut.

     Pemotong rumput tadi sudah gelabah. "Tuan! Tak apa-apa ke?"

    Darah sudah meleleh keluar dari dahi Iqbal Shafique. Iqbal Shafique mengelap darahnya dengan tangan namun darahnya tetap keluar.

    "Bro, kalau apa-apa jadi kat kawan aku. Siap kau!" Akram menengking pemotong rumput tadi.

    Iqbal Shafique menahan Akram. "Tak apa, benda nak jadi. It's okay, lagi pun sikit aje ni."

    "Seriously bro? Kau kata sikit? Kau tak nampak ke darah dah mencurah-curah keluar dari dahi kau? Tu nasib kena dekat dahi, kalau kena dekat mata kau? Kau tau tak apa akibatnya? You'll lose your job bro, dah lah exhibition dekat Langkawi tu lagi berapa minggu." Kata Akram dengan cemas dan tegas.

    Iqbal Shafique menelan air liurnya, betul juga kata Akram kalau kena mata dia tadi maunya dia kehilangan kerjanya buat selama-lamanya. Tapi benda nak jadi, dia tidak salahkan pemotong rumput tadi. 

Arjuna Hatiku | CWhere stories live. Discover now