Bab 29

5.7K 237 3
                                    

{Everything will be okay in the end. If it's not okay,it's not the end. }

••••••

      "Jeneral! Saya mohon jeneral keluar dulu. Saya kena cari leftenan Khairul. Selamatkan diri tuan." Ujar Iqbal Shafique sebelum berlari mencari Leftenan Khairul dalam keadaan terumbang ambing.

       "Tak! Saya tak akan tinggalkan skuad saya." Jerit Jeneral Riduan sambil mencari kelibat Iqbal Shafique dan Khairul Azmi.

        Nafas Iqbal Sahfique turun naik sambil mengimbangkan diri dalam pesawat yang sedang laju menjunam kebawah.

      "Leftanan Khairul!" Laung Iqbal Shafique.

      Puas dia mencari, akhirnya dia menemui tubuh Leftenan Khairul yang tidak sedarkan diri. Kepalanya berdarah, mungkin terkena hentakan. Pantas dia mendapatkan Leftenan Khairul.

      "Leftenan Khairul, kau tak apa-apa? Bangun!" Jerit Iqbal Shafique sambil menarik badan Leftenan Khairul. Leftenan Khairul yang separa sedar membuka mata perlahan.

       "Fiq, aku dah tak banyak masa. Tinggalkan aku dekat sini, selamatkan diri kau!" Nafas Leftenan Khairul makin tercungap-cungap. Leftenan Khairul sempat memasukkan telefonnya dan beberapa kertas didalam poket iqbal Shafique.

      "Tak, aku dah janji. Aku akan bawa kau jumpa isteri kau." Iqbal Shafique memapah badan Leftenan Khairul namun apakan daya dalam keadaan terumbang ambing seperti sekarang menyukarkan dia mengimbangi dirinya sendiri. Jeneral Riduan terus datang kearah mereka dan memaut lengan Leftenan Khairul.

      "Jeneral!" Iqbal Shafique terkejut, tidak menyangka Jeneralnya masih bersama mereka didalam pesawat yang bakal terhempas ini.

     "Cepat, kita dah tak banyak masa, dalam sesaat pesawat ni akan terhempas!" Ujar Jeneral Riduan cemas.

      Terdapat beberapa gegeran yang menyebabkan tubuh Leftenan Khairul dan Koperal Riduan terdorong kedepan. Iqbal Shafique pula sempat memaut besi yang berada disebelahnya. Dia terlepas pegangan mereka walaupun sudah dia cuba sedaya upaya menarik baju leftenan Khairul.

Sesaat...

Dua saat..

       "Jeneral..Leftenan Khairul.." Iqbal Shafique menjerit, air matanya mengalir. Dia melepaskan pegangan tangannya dan tubuhnya melantun keluar pesawat

Tiga saat..

      Pesawat tersebut telah menghempas lantai sungai dan meletup meledakkan serpihannya di sekeliling.

      Peristiwa berdarah di lahad Datu itu telah mengorbankan banyak nyawa kerana pencerobohan penganas yang mendakwa Sabah adalah milik Kesultanan Sulu. Seramai 8 orang polis dan Vat69, 2 orang Tentera darat serta 2 orang Tentera Udara terkorban dalam Ops Daulat ini.

~~~~~~~~~~~

      Hafiz Rafael sedang mengikuti belakang Intan Zulaikha saat Intan Zulaikha sedang berjalan sambil memegang payung. Cuaca pada hari itu sangat panas. Intan Zulaikha terasa seperti ada orang sedang mengikuti langkahnya.

     Pantas dia menoleh namun tiada sesiapa. Hanya ada manusia-manusia yang sibuk dengan hal masing-masing sahaja. Hafiz Rafael yang menyedari pantas memegang majalah sambil berjalan menutupi wajahnya. Fuh, nervous betul rupanya jadi secret admire ni. Getus hati Hafiz Rafael.

     Intan Zulaikha meneruskan langkahnya, Hafiz Rafael segera mengikuti belakang Intan Zulaikha. Intan Zulaikha mula tidak selesa dan pantas menoleh. Hafiz Rafael yang tidak sempat menyorok hanya membetulkan rambutnya sambil buat-buat tidak nampak Intan Zulaikha. Intan Zulaikha berkerut.

Arjuna Hatiku | CWhere stories live. Discover now