Bab 22

6.2K 239 10
                                    

{Everything will be okay in the end. If it's not okay,it's not the end. }

••••••

        Iqbal Shafique membetulkan pakaian khasnya sambil melihat kawasan hijau dibawah pesawat khas untuk latihannya. Dia memang gemar melakukan skydiving begitu yang memang sedari kecil dia minati.

       "Fiq! Are you ready? " Jeneral Nik Aiman sudah memberi isyarat kearah Iqbal Shafique. Iqbal Shafique angguk sambil membuat signal ok. Dia tersengih.

       Perlahan-lahan Iqbal Shafique menjatuhkan dirinya keluar dari pesawat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

       Perlahan-lahan Iqbal Shafique menjatuhkan dirinya keluar dari pesawat. Dia membuat aksi skydiving yang betul seperti latihannya. Kelajuan momentum tubuhnya untuk jatuh kebawah semakin laju. Dibawahnya, hutan hijau melatari pandangan matanya. Dia kagum melihat kebesaran Allah dari padangan atas ini. Segera dia menarik payung terjunnya namun tali penarik di bahu kanan seolah-olah ketat.

       Jantungnya berdegup kencang. Sahabatnya yang lain sudah selamat mendarat bersama payung terjun masing-masing namun dia masih berhempas pulas menarik tali untuk membuka payung terjunnya. Semakin lama, suasana darat dibawahnya semakin jelas di mata. Adakah ajalnya telah tiba? Ya Allah, segera dia beristighfar dan mengucap panjang. Jika begitu perjalanan hidupnya dia akur dengan ketentuan Allah.

         Namun dia tidak akan mudah mengalah. Lagi sekali dia cuba menarik tali payung terjunnya sekuat hati. Akhirnya payung terjunnya terbuka namun dia telah terlepas tempat yang sepatutnya dia mendarat. Dia menjunam bersama payung terjunnya kearah pokok besar yang merimbun. Payung terjunnya tersangkut dan dia terjatuh diatas pohon-pohon renek sebelum dia terbaring diatas tanah.

      Perlahan-lahan matanya kabur dan gelap.

      Walkie talkienya masih berbunyi..stritttt!

     "Fiq! Leftenan Jeneral Iqbal Shafique?! Strittt. Kamu okey? Leftenan?"

~~~~~~~~~~

       Intan Zulaikha menghalakan stestescopenya kedada seorang kanak-kanak perempuan yang menjadi pesakitnya sejak sebulan yang lalu. Kanak-kanak tersebut baru sahaja sedar dari pembedahan jantung yang telah dilakukannya kelmarin.

       "Alhamdulillah, adik Shira dah makin sihat tapi kena banyak rehat lagi. Jangan lupa makan ubat. Ikut cakap umi tu tau." Intan Zulaikha mencuit hidung si kecil sambil diperhatikan oleh Lydia, ibu kepada Shira.

      "Terima kasih doktor sebab selamatkan anak saya." Ujar Lydia sambil tersenyum.

      "Puan, saya hanya jalankan tugas saya. Semua ni kehendak dan rahmat dari Allah. Puan kena bagi dia ubat untuk kuatkan badan dan jantung dia balik ikut sukatan yang betul okey."

       Lydia mengangguk sambil mengusap rambut Shira. "Shira dengar tu apa doktor cakap, kena makan ubat barulah Shira boleh sihat balik."

      Shira tersenyum senang hati. "Nanti Shira boleh main macam kawan-kawan Shira ke ?"

Arjuna Hatiku | CWhere stories live. Discover now