Bab 36

5.9K 206 10
                                    

{Everything will be okay in the end. If it's not okay,it's not the end. }

••••••

      Iqbal Shafique yang sedang khusyuk membaca surat khabar terkejut saat Emma datang menerpa tanpa mengetuk pintu biliknya terlebih dahulu.

      "Tuan leftenan, tuan leftenan!" Emma sudah tayang wajah cemas kearah Iqbal Shafique.

     Iqbal Shafique menoleh sambil berkerut dengan perasaan tanda tanya.

    "Ada apa Emma?"

    "Doktor Intan Zulaikha.." Emma menarik nafasnya. Ya lah bukan senang nak berlari sampai keatas dengan lif pulak lambat. Terpaksa dia daki tangga kerana ingin menyampaikan berita penting mengenai keadaan Intan Zulaikha kepada buah hatinya itu.

      Iqbal Shafique terus mengerutkan keningnya. Hatinya mula berdebar. "Kenapa dengan doktor Intan Zulaikha?"

     "Doktor Intan Zulaikha pengsan. Dia ada dekat wad bawah." Adu Emma sambil termengah-mengah

     Iqbal Shafique terkejut. Dia cuba untuk turun dan berdiri dengan stabil namun gagal. Kenapalah kakinya belum sembuh lagi. Kalaulah dia kuat macam hulk sudah lama dia turun berlari kebawah tanpa merisaukan kesakitan yang melanda. Dia berkeriut menahan sakit dikakinya. Mujur Emma yang dapat mengagak perilaku Iqbal Shafique segera menahan.

     "Tuan leftenan, jangan pijak lagi. Kaki tuan leftenan belum pulih." Tegur Emma sambil memapah tubuh Iqbal Shafique kearah kerusi roda yang berada berdekatan.

    Iqbal Shafique mengeluh. "Terima kasih Emma, Emma boleh tak bawa saya jumpa doktor Intan Zulaikha." Pinta Iqbal Shafique sambil membuat muka sedih. Sumpah dia memang risaukan Intan Zulaikha pun. Kalaulah boleh di x-tray hatinya, sudah lama dia buat untuk memberitahu rasanya saat ini.

    "Okey saya bawak tuan leftenan dekat doktor Zulaikha. Sayang betul tuan leftenan dekat doktor kan?"

    "Mestilah saya sayang. Buah hati saya." Iqbal Shafique meluah dengan malu-malu.

   "Untung doktor Zulaikha ada boyfriend yang prihatin macam ni, sama-sama bertuah lah sebab tuan leftenan pun untung dapat doktor Zulaikha yang caring dekat tuan leftenan. Jeles saya." Emma ketawa sambil terus menolak kerusi roda Iqbal Shafique.

     Sampai diwad biasa yang sedang di duduki Intan Zulaikha buat sementara, Iqbal Shafique sudah menolak sendiri kerusi roda mengunakan kekuatan tangannya untuk dekat kearah Intan Zulaikha.

    "Ikha, awak tak apa-apa?" Soal Iqbal Shafique dengan raut wajah yang risau.

    Mujur Intan Zulaikha sudah sedarkan diri. Cuma dia masih tidak larat meneruskan kerjanya kerana kepalanya masih memberat. Intan Zulaikha mengelipkan matanya beberapa kali kearah Iqbal Shafique. Bibirnya mengukir senyuman segaris. Pucat sahaja bibirnya saat ini.

 Pucat sahaja bibirnya saat ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Arjuna Hatiku | CWhere stories live. Discover now