Bab 52

5.5K 173 3
                                    

 {Everything will be okay in the end. If it's not okay,it's not the end. }

•••••• 

       Seminggu ini, Hafiz Rafael agak sibuk meneliti pelan rangka Masjid Az-Zahra bersama sahabatnya Fitri dan berulang-alik ke hospital hingga dia tidak sempat berjumpa dengan Intan Zulaikha. Sesekali tatkala memandang jauh, terbias wajah Intan Zulaikha yang merona merah pada malam kelmarin. Dia tersengih. Dalam hati jangan cakaplah tengah merindu isterinya saat ini. Rindu gila! Agak-agak Intan Zulaikha rindu tak dekat aku?

        "Hoi yang kau tersengih sorang-sorang ni kenapa?" Sampuk Fitri sambil melihat Hafiz Rafael dengan pandangan aneh. Tiba-tiba je senyum sorang-sorang, buang tabiat ke apa kawan aku ni?

        Mati lamunan Hafiz Rafael, laju dia mengurut dadanya dek terkejut dengan sergahan Fitri. "Aduh, terkejut aku!"

        "Kau ingat apa babe? Tersengih-sengih, ingat bini ke? Tapi kau belum kahwin lagi, ke ingat awek?" Fitri dah tayang muka toya.

        "Kalau aku cakap aku ingat bini, kau percaya tak?"

       "Biar betul Ralph, bila kau kahwin?"

       "Kalau aku cakap 8 tahun dulu lagi aku dah kahwin, kau percayakan aku?"

       "Berapa banyak kalau lah kau ni. Siapa lah yang malang kahwin dengan kau tu?"

      "Woah, kau cakap baik-baik sikit. Kenapa pulak malang?"

       "Ye la, dah lah kau ni full package. Hensem, kaya, baik, bijak. Wuish berderet perempuan beratur nak dekat kau macam petik jari je, kesian wife kau makan hati sebabkan jelous." Panjang lebar Fitri menerangkan.

        "Tak ada makna nya, macam mana pulak kalau wife aku yang full package? Aku yang makan hati sekarang ni."

        Fitri melambakkan tawanya namun ketawanya beransur-ansur hilang tatkala melihat wajah Hafiz Rafael yang serius memaksudkan kata-katanya sebentar tadi.

       "Kau betul ke dah kahwin ni?" Soal Fitri lagi.

        Hafiz Rafael angguk. "Dah, Intan Zulaikha tu wife aku. Kau tak nampak ke cincin aku pakai ni?"

        Fitri sudah melopong. "Seriously? But how? Aku still tak boleh digest lagi kau punya maklumat."

       "Panjang ceritanya. Tolong rahsiakan perkahwinan aku dengan Ikha buat masa ni Fitri, hujung minggu depan ada reunion jangan kau buka cerita pulak. Aku minta maaf sebab tak bagitahu kau awal-awal."

        Fitri angguk. Agak terasa hati sebenarnya saat mendengar sahabat sendiri berkahwin senyap-senyap tanpa pengetahuan semua orang. Namun dia faham ada sebab mengapa Hafiz Rafael melakukan perkara itu. Terlalu banyak kesalan yang muncul diwajah sahabat baiknya itu. Hafiz Rafael menceritakan semuanya kepada Fitri. Tiada satu pun yang tertinggal.

      "Sekarang Ikha macam mana Ralph?" Soal Fitri lagi.

     "Alhamdulillah, dia okey cuma aku tengah nak ambil hati dia sekarang ni. Doakan kawan baik kau ni dapat balik wife dia."

      "Aku always doakan kau Ralph. Tak sangka betul apa yang Cikgu Wahid buat dekat korang dulu main kahwin-kahwin jadi kenyataan jugak." Fitri ketawa.

        Hafiz Rafael turut sama ketawa namun tiba-tiba matanya menangkap bayang Hainan Syamimi yang mahu datang kearahnya dan Fitri nun di kejauhan. Mati senyumannya saat ini. Aduh kenapalah hidup aku tak pernah tenang! Hatinya memberontak.

Arjuna Hatiku | CWhere stories live. Discover now