Bab 35

6.1K 188 5
                                    

{Everything will be okay in the end. If it's not okay,it's not the end. }

••••••

    "Apa yang puas hatinya doktor Intan Zulaikha?" Satu suara garau menegur.

     Perlahan-lahan Intan Zulaikha menoleh, ah terkejutnya! Apasal mamat ni ada lagi dekat sini? Sejak bila mamat ni masuk bilik dia?

    "Who asking you to enter my room without my permission? " Serius pandangan matanya dilontar kearah Hafiz Rafael yang sudah tersengih dihadapan mejanya. Mana Iqbal Shafique? Sayang? 

    Hafiz Rafael yang sedang berhadapan dengan Intan Zulaikha sudah mula mendongkat dagu. "Saya dah ketuk tadi tapi awak yang tak dengar jadi saya masuk lah." Jelas Hafiz Rafael.

    Ewah mamat ni, sesuka hati je dia masuk bilik aku. Ingat ni hospital bapak dia punya ke?! Intan Zulaikha mengeluh.

    "Awak nak apa sebenarnya Hafiz? Awak sakit ke?"

    Hafiz Rafael angguk. "Ya, saya sakit."

    Intan Zulaikha berkerut. "Awak sakit apa? Saya tak ada masa nak main-main ingat tu." Tegas Intan Zulaikha bersuara.

    "Saya sakit dekat sini." Ujar Hafiz Rafel dengan suara lirih sambil menghalakan tapak tangannya kearah hatinya.

    "Apa masalah awak sebenarnya ni? Saya tengok awak sihat je." Intan Zulaikha berkata-kata. Sengaja dia mmemandang fail yang berada dimeja. Dia buat-buat menyelak helaian kertas kerana dia malas mahu memandang lelaki itu.

    Hafiz Rafael mengeluh, pedih hatinya saat ini melihat isteri yang menjadi haknya sedari dahulu tidak mahu langsung memandang kearah dirinya. Isteri yang dia hanya mampu tengok dari jauh, nak disentuh jauh sekali.

   "Cuba awak pandang mata saya." Hafiz Rafael sudah mula membuat suara kasihan.

   Intan Zulaikha memandang tepat kearah mata Hafiz Rafael. Lama dia memandang namun entah mengapa tiba-tiba dia merasakan seperti pernah melihat raut mata itu. Pantas dia menunduk memandang failnya kembali.

    "Saya tengok tak ada apa-apa pun masalah awak. Kalau awak ada masalah dengan hati saya rasa dekat sini bukan tempatnya, lebih baik awak cari pakar psikitri." Lembut Intan Zulaikha memberi nasihat namun dia masih tidak mahu memandang kearah lelaki itu.

   "Hanya awak sahaja penawar saya Intan Zulaikha."

    Hafiz Rafael sudah berdiri. Pantas dia pegang tangan Intan Zulaikha. Intan Zulaikha terkejut.

    "Apa awak nak buat hah?! Saya jerit nanti." Intan Zulaikha sudah mula kebelakang. Ahh! kerusinya pula menjadi penghalang. Perlahan-lahan kerusinya bergerak hingga kedinding. Intan Zulaikha sudah pegun tidak dapat bergerak kerana Hafiz Rafel sudah mengunci kedua belah tangannya diatas pemegang kerusi. Jantungnya mula berdegup pantas.

    "Jeritlah, saya tak kisah. Saya ada hak dekat awak. Dengan jarak macam ni, takkan sekelumit rasa pun awak tak ada untuk saya?" Tegang rahang Hafiz Rafael namun matanya sudah mula redup memandang wajah yang dirinduinya itu saban tahun.

    Intan Zulaikha cuba menyepak celah pelipis Hafiz Rafael namun lelaki itu lebih tangkas menebak perilakunya terlebih dahulu. Hafiz Rafael tersengih.

    "Oh sayang, jangan berani-berani awak nak cuba dekat situ."

    "Lepaskan saya, kalau tak saya jerit." Ugut Intan Zulaikha dengan suara garang. Peluhnya mula merinik jatuh didahi sendiri.

Arjuna Hatiku | CWhere stories live. Discover now