Bab 44

5.6K 180 2
                                    

{Everything will be okay in the end. If it's not okay,it's not the end. }

•••••• 

       "Ralph, how are you today? Feel better from before? " Soal Intan Zulaikha sambil menandatangani surat discharged di atas fail hardcover milik Hafiz Rafael.

       Hafiz Rafael sudah tersenyum sambil melepaskan ketawa. "Ya sayang, much better today. Saya dah boleh lari marathon lagi."

       Mata Puan Bella bergenang. Encik Rahim pula melihat dengan pandangan curious. Tidak sekelumit pun berubah wajah gadis itu malah semakin cantik sahaja seiring usia berbanding 8 tahun dahulu.

       Intan Zulaikha sudah mengerutkan dahinya memberi isyarat kepada Hafiz Rafael. Ah sudah, suka-suka je mamat ni panggil aku 'sayang'. Depan Puan Bella dan Encik Rahim pulak tu!

        Puan Bella merangkul tubuh Intan Zulaikha. Airmatanya jatuh membasahi pipi. Segalanya berlaku dengan pantas, tidak sempat Intan Zulaikha mengelak. Akhirnya dia hanya membiarkan sahaja dan menepuk lembut bahu Puan Bella. Hainan Syamimi yang melihat sudah mendidih dengan api cemburu.

        "Intan Zulaikha. Maafkan keluarga kami. Kami banyak buat salah dekat keluarga Ikha. Maafkan kami." Lirih suara Puan Bella yang tulus memohon maaf. Bertahun-tahun Puan Bella dihimpit perasaan bersalah memikirkan soal anaknya itu dan Intan Zulaikha serta keluarganya. Begitu lama Puan Bella memendam, akhirnya terluah juga.

        "Err, Aunty Bella..It's okay. Benda dah lepas lagipun aunty,uncle tak ada salah pun dekat Ikha. Semua yang berlaku kesilapan kami sendiri. Maafkan Ikha aunty." Ikhlas Intan Zulaikha menuturkan kata. 

        Semenjak memorinya telah kembali, Intan Zulaikha dengan mudah dapat mengingati wajah Puan Bella dan Encik Rahim. Tidak berubah walaupun sudah bertahun-tahun mereka tidak bertemu. Kali terakhir berjumpa dengan mereka pun saat dia masih kecil sebelum berpindah.

      "Ikha, boleh kami jumpa dengan family kamu? Aunty nak minta maaf atas apa yang berlaku."

      Intan Zulaikha menelan air liurnya yang terasa tersekat. Hatinya mula dilanda perasaan risau. Risau memikirkan penerimaan mamanya sendiri terhadap mereka. Melihat wajah Puan Bella yang sudah merah basah dengan air mata pun sudah mampu menjentik perasaan halus dalam diri Intan Zulaikha.

     "Err, Aunty nanti Ikha bincang dengan family Ikha dulu. Apa-apa hal Ikha akan inform dekat Ralph." Intan Zulaikha senyum segaris mencari kata.

      "Ikha tak perlu ber aunty-aunty dah. Ikha isteri Rafael kami yang sah. Ikha panggil aunty mama Bella dengan papa Im je." Puan Bella sudah tersenyum sambil mengusap lembut pipi Intan Zulaikha.

       Hainan Syamimi pula sudah mengengam penumbuknya melihat mamanya itu seolah-olah memandang Intan Zulaikha seperti keluarganya sendiri. Makin sakit hatinya mendengar perubahan gelaran mamanya itu yang dicadangkan kepada Intan Zulaikha.

      "Hah! Yang tu Ralph sokong. Mama, memandangkan Ikha still isteri Ralph yang sah boleh tak Ralph nak pindah duduk dengan Ikha?" Hafiz Rafael sudah memeluk bahu Intan Zulaikha sambil tersenyum memandang Puan Bella. 

       Sungguh inilah saat yang dia nantikan selama ini. Walaupun terpaksa menahan seksa menunggu bertahun-tahun insan yang dicintai, dia percaya suatu hari nanti mereka pasti akan bertemu kembali. Cinta Hafiz Rafael untuk Intan Zulaikha takkan pernah terpadam.

       "Apa?! Abang! You're insane! " Hainan Syamimi sudah terjerit sebelum keluar dan menghempas kuat pintu wad. Terkejut dengan keputusan Hafiz Rafael yang mendadak itu. 

Arjuna Hatiku | CWhere stories live. Discover now