Bab 13

8.1K 285 30
                                    

     {Everything will be okay in the end. If it's not okay,it's not the end. }

••••••

     Seperti biasa, Datin Jamila menukar bunga yang telah layu dengan bunga Matahari yang baru. Intan Zulaikha sememangnya meminati bunga Matahari sedari kecil. Sesekali dia menegur Intan Zulaikha kerana dia tahu orang yang koma masih boleh mendengar biarpun jasad kaku umpama mayat.

     "Sayang, mama datang ni. Mama rindu sangat nak tengok Ikha ketawa." Datin Jamila memberikan kucupan hangat di dahi puterinya itu. Air matanya gugur diatas pipi Intan Zulaikha. 

     Pipi Intan Zulaikha yang calar balar sudah beransur pulih cuma dahinya masih berbalut dengan bandage. Rambut puterinya itu juga sudah mulai panjang sehingga paras bawah dada. Baru sahaja Datin Jamila mahu menyelimuti puterinya itu, jari Intan Zulaikha bergerak-gerak. Datin Jamila mengengam erat tangan Intan Zulaikha untuk kepastian. Tak mungkin ini hanya mimpi. Sekali lagi jari Intan Zulaikha bergerak dan matanya perlahan-lahan terbuka.

     "Ikha! Anak mama dah sedar. Alhamdulillah, doktor! Doktor!" Laju Datin Jamila memeluk erat Intan Zulaikha yang masih separuh sedar dan memanggil doktor sambil menekan button interkom.

      "Datin, biar saya check anak datin." Doktor perempuan tersebut menenangkan Datin Jamila sambil memeriksa keadaan Intan Zulaikha.

      "Saya dekat mana?" Melilau Intan Zulaikha melihat wad yang berwarna separa pink itu. Bauan ubat amat menyesakkan sistem penafasannya.

     "Awak dekat hospital Intan Zulaikha." Jelas doktor perempuan itu.

    "Hospital?! Macam mana saya boleh ada dekat sini? Siapa Intan Zulaikha?'" Intan Zulaikha memegang kepalanya yang berdenyut hebat.

     Datin Jamila terkejut begitu juga doktor tersebut.

     "Sayang.." Datin Jamila memeluk Ikha namun segera ditepis.

     "Siapa awak?" Intan Zulaikha memeluk lututnya umpama ketakutan.

     "Ini mama Ikha, orang yang lahirkan kamu. Ikha kenal mama kan?" Menitis air mata Datin Jamila apabila keadaan yang sepatutnya mengembirakan bagi mereka bertukar kecewa. Tak mungkin anaknya itu hilang ingatan.

     "Sabar datin, biar saya check lagi. Intan Zulaikha awak ingat tak apa yang jadi dengan awak?" Soal doktor tersebut.

      "Tak! Saya tak ingat apa-apa, saya tak kenal siapa-siapa." Laju Intan Zulaikha menjawab sambil tergetar-getar. Matanya terus meliar melihat wajah satu persatu mahkluk didepannya.

     Pintu wad terbuka, Datuk Kamal bersama Akram serta Iqbal Shafique masuk dengan bunga matahari yang banyak untuk mengindahkan wad puterinya itu. Namun mereka terpaku saat melihat Intan Zulaikha yang sedang memeluk lutut dengan Datin Jamila yang sedang menangis.

     "Alhamdulillah puteri papa dah sedar." Raut gembira Datuk Kamal tidak dapat disembunyikan apabila dia terus meluru memeluk Intan Zulaikha.

      Intan Zulaikha lemas, sungguh kepalanya teramat sakit. Orang-orang yang sedang memeluk dirinya umpama pita rosak yang sedang bermain dalam kepalanya. Dia menjerit.

      "Lepaskan saya, awak semua siapa?!" Intan Zulaikha menjerit. Laju dia turun daripada katil dan berlari keluar. Semua yang berada disitu terkejut dengan tindakan Intan Zulaikha yang diluar jangkaan.

     Iqbal Shafique yang berdekatan dengan pintu sempat memaut tangan lembut Intan Zulaikha. Intan Zulaikha menoleh, mata mereka bertaut. Terasa seperti renjatan elektrik yang sedang mengalir dalam tubuh sasa Iqbal sehingga menusuk jantungnya. Gadis itu hanya separas bahunya sahaja.

Arjuna Hatiku | CWhere stories live. Discover now