Bab 27

6.1K 214 11
                                    

 {Everything will be okay in the end. If it's not okay,it's not the end. }

••••••

         Sudah seminggu sejak peristiwa Intan Zulaikha dilanda demam, seminggu juga lah Intan Zulaikha sudah tidak nampak bayang Iqbal Shafique. Rindu juga dirinya pada mamat sewel itu. Dia mengeluh. Hanya ada satu nota sahaja yang terselit sewaktu dia pulang kerumahnya kelmarin daripada Iqbal Shafique.

       Nota yang ditulis oleh lelaki itu bahawa dia mengucapkan semoga cepat sembuh dan gembira selalu kepada Intan Zulaikha serta terselit jenaka dari lelaki itu yang menulis jangan rindukan dia kerana dia terpaksa outstation selama sebulan menjaga kepulauan di Sabah. Intan Zulaikha tersengih sambil mengeleng mengingatkan gelagat mamat sewel yang berjaya mencairkan hatinya itu.

       Intan Zulaikha mengeluh sambil terbayang Iqbal Shafique duduk berhadapannya dirinya saat ini. Intan Zulaikha tersenyum sambil mengacau minumannya. Memang sah dia ni gila bayang sekarang ni! Dekat café waktu offday dia dah angau terbayangkan wajah tuan leftenan.

     "Haila, rindunya nak bergaduh dengan you." Intan Zulaikha mendongkat dagu.

      Hafiz Rafael yang kebetulan baru sahaja ingin keluar usai berjumpa dengan rakan niaganya terpempam saat ternampak wajah Intan Zulaikha. Hatinya bergetar hebat.

      Perlahan-lahan dia memberanikan diri berjalan menuju kearah meja Intan Zulaikha yang sedang duduk berseorangan sambil tersenyum seorang diri.

     Sumpah dari jarak dekat ini sahaja, jantung Hafiz Rafael sudah berdenyut maha hebat. Dia rindu, wajah gadis yang duduk berhadapannya kini persis wajah isterinya. Sebijik saling tak tumpah. Sudahlah sewaktu meeting kelmarin dia ada bertemu dengan bapa mertuanya Datuk Kamal. Namun Datuk Kamal seolah-olah mengelak bila ditanya mengenai kubur isterinya itu. Dia rindu sangat!

     "Cik?" Hafiz Rafael menegur sambil melambai-lambai kearah muka Intan Zulaikha. Intan Zulaikha pula masih khayal melayan perasaan sendiri.

     "Bila you nak balik sini? I rindu you." Intan Zulaikha terus mengeluh.

       Hafiz Rafael berkerut. Dah kahwin ke perempuan ni? Namun segera dia menegur lagi Intan Zulaikha dengan pakej cuitan di lengan Intan Zulaikha.

    "Cik?" Hafiz Rafael mencuit kuat.

     Intan Zulaikha tersedar. "Hah? Eh awak ni siapa?"

      Hilang bayang Iqbal Shafique kini diganti dengan wajah lelaki yang segak berkemeja dengan lengan disinsing. Macam pernah nampak tapi kat mana eh? Hati Intan Zulaikha berdecit.

     "Kenalkan saya Hafiz Rafael, cik buat apa sorang diri dekat sini? Puas saya kejutkan cik tadi, mengelamun apa tu?" Hafiz Rafael tertawa.

      Intan Zulaikha mengecilkan matanya. Haila malunya dia mengelamun tadi rupanya ada orang nampak. Rasa nak sorok muka ni!

      Muka Intan Zulaikha sudah berubah rona merah. "Sejak bila awak ada dekat sini?"

     "Sejak awak mula-mula mengelamun lagi. Ingat dekat boyfriend eh?"

     Intan Zulaikha mengigit bibirnya. "Emm, tak ada lah. Kita macam pernah jumpa?"

     Hafiz Rafael tersenyum . "Pernah. Masa aiskrim awak terkena baju saya tu."

     Intan Zulaikha angguk. "Haa, betul saya dah ingat! Saya minta maaf ye."

    "No biggies, boleh kita jadi kawan?" Soal Hafiz Rafael.

Arjuna Hatiku | CWhere stories live. Discover now