Bab 40

6.6K 224 3
                                    

 {Everything will be okay in the end. If it's not okay,it's not the end. }

••••••         

        Iqbal Shafique mengeluh berat. Tiket di tangannya dipandang sayu. Erat dia mengengam tangannya sambil membuang pandang kearah luar tingkap kereta yang dinaiki. Permulaan yang baru untuk dirinya dan tidak pernah dia lupa menitipkan doa buat kekasih yang dia hanya mampu dambakan dahulu tapi tidak lagi kini.

         "Betul ke apa yang aku buat ni?" Iqbal Shafique memandang Leftenan Daniel.

        "Kita dah nak sampai KLIA dah ni Fiq! Jangan nak buat hal eh. Kalau kau nak patah balik, jalan kaki." Daniel menjeling Iqbal Shafique yang berada disebelahnya.

       "Ada aku cakap nak patah balik ke?" Iqbal Shafique tersenyum sampai menampakkan lesung pipitnya.

        Daniel mengeluh. "Kau betul ke dah okey ni? Baru je seminggu lebih kejadian kat Sabah tu, ni kau nak fly balik untuk Malbatt. Aku yang ada dengan kau waktu dalam Falcon tu pun still trauma lagi."

       Iqbal Shafique menepuk lembut bahu sahabat squadronnya itu sambil tertawa. "Aku dah sihat lah, jangan risau. Kita ni askar tak boleh lemah, kalau lemah macam mana nak jaga Negara? Kau bila nak masuk kerja?"

       "Betul jugak cakap kau ni. Next week baru aku masuk kerja, aku nak gunakan peluang ni bermanja dengan bini aku." Daniel mengekeh ketawa.

        "Untunglah ada bini." Usik Iqbal Shafique.

       "Ha, Baik kau kahwin cepat. Baru kau tahu nikmatnya berbini. Kau pergi Lubnan ni bukan sebab Intan Zulaikha kan?" Ujar Leftenan Daniel. Dia tahu mengenai Intan Zulaikha pun setelah dia menyoal siasat Iqbal Shafique.

       "Tak." Iqbal Shafique membalas sepatah. Iqbal Shafique memejam matanya. Fikirannya menerawang terbayang-bayang akan wajah Intan Zulaikha. Pedih dan sedih kerana dia tidak bisa berjumpa dengan gadis itu buat kali terakhir.

~~~~~~~~~~

        Hafiz Rafael melepaskan keluhan kecil. Matanya memandang kosong kearah suasana malam yang menerpa. Angin malam menyapu wajahnya namun sikit pun dia tidak berganjak. Bukit yang sama saat dia menetapkan keputusannya untuk mengahwini Intan Zulaikha dahulu. Bukit yang sama menyaksikan air matanya dan malam ini tempat yang sama dia berdiri untuk melegakan hatinya. 

        Sejak pertemuannya dengan Intan Zulaikha petang tadi, hatinya sungguh sakit. Sakit melihat kebencian yang datang dari orang yang selalu dia dambakan. Sakit melihat cinta yang mati antara mereka berdua. Airmatanya bergenang saat otaknya kembali memutarkan semua memori yang dilaluinya.

       Tiba-tiba kepala Hafiz Rafael memberat. Tubuhnya mengigil. Terasa seperti ais yang menjalar membeku salur darahnya. Matanya kabur dan perlahan-lahan dia rebah diatas rumput.

        Intan Zulaikha yang baru sahaja selesai merawat pesakitnya di wad kanak-kanak, berjalan keluar menuju kearah wad Iqbal Shafique. Hampir seminggu dia tidak bertemu dengan 'abang manja'nya itu. Tambah dengan ingatannya yang kembali pulih menganggu konsentrasinya untuk merawat Iqbal Shafique kerana itulah dia terpaksa meminta tolong sahabatnya yang juga doktor untuk menganti bagi pihak dirinya merawat Iqbal Shafique. 

       Iqbal Shafique pasti kecewa apabila dia tidak layan panggilan Iqbal Shafique yang memanggilnya tempoh hari. Terasa rindu yang cukup menebal menerpa benak hatinya. Dia tersenyum pahit. Sungguh kalaulah boleh di xtray hatinya, mahu sahaja dia menjerit yang dia sangat rindukan lelaki yang super annoyying itu yang penakut jarum sekecil benang. Intan Zulaikha tersengih.

Arjuna Hatiku | CWhere stories live. Discover now