Bab 1

65.7K 3.2K 436
                                    

CINTA TAK SETARAF

Aku bukan cinderella,bukan juga princess
_____________________

SESUDAH sejadah disangkut di ampaian besi, Encik Ilham melabuhkan punggung disebelah isterinya yang sedang tekun melipat telekung.Niatnya untuk menunggu si isteri sesudah melipat telekung untuk turun ke bawah bersarapan.Namun lain pula jadinya apabila Puan Aliya memanggilnya bersama wajah bersalah terpampang.

"Ye?"Soal Encik Ilham.

"Abang..Kalau Iya tanya ni abang jangan marah eh?"Soal Puan Aliya takut-takut.

Encik Ilham mengerutkan dahinya."Insyaallah.Apa dia?"Wajah isterinya yang kelihatan takut-takut itu dipandang.

"Sebenarnya..Iya..Iya nak.."Kata-katanya terhenti.Mahu teruskan atau tidak?.

Encik Ilham berkerut lagi."Iya nak apa sebenarnya.Cuba bagitahu." Encik Ilham mendekatkan lagi kedudukannya dengan si isteri.

Puan Aliya menunduk.Takut jika si suaminya tidak mengizinkan niatnya yang satu itu.

"Iya..Iya nak ambik anak angkat.Boleh?"Perlahan-lahan dia mengangkat muka memandang wajah si suami.

Encik Ilham agak terkejut namun cuba beriak tenang.

"Anak angkat?Nak buat apa?Tak cukup ke dengan anak yang kita ada?Tiga lagi tu?"Soal Encik Ilham tenang.Entah apa mimpi si isterinya mahu mengambil anak angkat.

"Memanglah anak kita dah tiga.Dah besar pun.Tapi,Iya nak ambil anak angkat yang perempuan.Anak kita semua lelaki kan?Sunyi Iya.Nak sembang pun dengan Mak Kina.Itupun kalau Mak Kina tak sibuk.Kalau ada anak perempuan best.Boleh Iya jalan-jalan dengan dia,borak sama-sama.Tak sunyi.Ni anak semua lelaki semua dengan hal masing-masing.Iya rasa terabai tahu?"Terang Puan Aliya diselitkan dengan luahan hatinya.Berharap si suami bersetuju dengan niatnya yang satu itu.

Kedengaran keluhan kecil terkeluar dari mulut Encik Ilham."Tapi kita kan dah berumur.Mampu ke?"

"Mampu.Insyaallah."Laju sahaja dia membalasnya.Hatinya tidak habis-habis berdoa.

Encik Ilham terdiam.Cuba memikirkan sejenak permintaan 'pelik' si isterinya.

"Boleh tak bang?"Tangan kanan menyentuh peha Encik Ilham.

Encik Ilham menarik nafas panjang."Boleh.Bila Iya nak pergi uruskan?"Anak mata memandang redup ke anak mata Puan Aliya.

"Alhamdulillah..Secepat yang mungkin insyaallah."Puan Aliya tersenyum suka.Tuhan dah makbulkan doanya.

Alhamdulillah..

*****

BEG bagasi yang agak besar itu ditarik lalu disandarkan di dinding bersebelahan dengan pintu utama.Punggung dilabuhkan disebelah Irsya sementara menunggu rakannya tiba untuk menghantarnya ke airport. Peluh didahi dikesat.

"Terima kasih sebab sudi tumpangkan aku dekat rumah kau."Kepala ditoleh memandang Irsya yang duduk membelakanginya sambil mata menala ke televisyen.

Senyap.

"Beb.Kau dengar tak?"Siku menyenggol lengan Irsya perlahan.

Senyap.

Keluhan kecil terbit dibibir gadis itu.Tangannya terus menarik tubuh Irsya menghadapnya.Ternyata gadis itu tidak menolaknya.Merajuklah tu..

Cinta Tak Setaraf [ C ] Where stories live. Discover now