Bab 50

38.4K 2.3K 493
                                    

CINTA TAK SETARAF

Aku bukan cinderella,bukan juga princess.

_________________________


PERLAHAN-LAHAN anak tangga dipijak dengan berhati-hati.Pegangan pada pemegang diperkemaskan.Semenjak dia mengandung ni,rasa malas pula nak bergerak.Rasa nak baring je namun bila difikirkan balik.Tak eloklah kan?Bela lemak tepu di setiap ceruk.

Iskandar yang terpandangkan isterinya yang sedang menuruni tangga dihampiri lalu dipaut bahunya.Hani terkejut.

"Abang?"

"Kan abang cakap duduk je dekat atas tu.Berehat.Awak tu pregnant."

Hani tertawa kecil."Abang,kandungan Hani baru sebulan.Masih kecik lagi.Tak payah risau lah."

Iskandar membantu mendudukkan isterinya.

"Sebab masih kecillah abang risau.Silap sikit boleh gugur tahu."

Hani tersenyum nipis.Jari jemari naik mengusap pipi lelaki itu."Abang jangan risaulah.Hani akan sentiasa jaga kandungan Hani."

"Abang.."

"Hmm?"Pandangan redup diberikan.

"Agak-agak Hani mampu tak nak jaga abang sepenuhnya, seikhlasnya macam mana Irsya jaga abang dulu?"

Iskandar terpempan.

•••••

SEMUA ahli keluarga itu berkumpul di ruang tamu.Bergelak tawa dengan perbualan yang dibangkitkan. Namun,kelibat Irsya yang berlalu dari situ menuju ke dapur tidak diperasan oleh sesiapa.Itu memudahkan kerjanya.Puan Aliya memandang Irsya lalu tersenyum manis.Irsya segera berlalu ke dapur.

"Lighter mana Mak Kina?"

Dengan sepantasnya Mak Kina menghulurkan lighter.Tiga batang lilin kecil dicucukkan di atas kek tersebut lalu lighter dinyalakan pada lilin.
Mak Kina dan Irsya tersenyum.

"Mak Kina tolong matikan eletrik."Mak Kina mengangguk lalu menuju ke satu sudut di mana terletaknya suis-suis elektrik rumah banglo tersebut.

Dalam sekitar sesaat,seluruh rumah itu menjadi gelap gelita.Mereka berdua yang berada di ruang dapur hanya diterangi cahaya lilin kek tersebut.

•••••

SAAT mereka sedang bergelak ketawa.Tiba-tiba elektrik terputus dan membuatkan mereka terkejut.Dalam kegelapan itu semua terdiam dan terkaku seketika.Hanya Puan Aliya yang tersenyum sendiri dalam gelap.

"Blackout ke pa?"Soal Adrian sambil meliarkan mata sekeliling dalam keadaan gelap.Satu hape pun tidak dapat dilihatnya.

"Tak tahulah.Mungkin."

Nampaknya,ketiga-tiga lelaki itu belum mengetahui perkara sebenar.Dan rancangan ini hanya dibuat oleh golongan wanita.Lelaki tak boleh masuk campur.

"Biar Han tengok."Idhan mula bangkit namun ditegah mamanya dan punggungnya kembali dilabuhkan.Kepala dihala pada arah yang dia yakin bahawa di situ tempat mamanya duduk.

"Bahayalah Han."

Saat Idhan mahu membuka mulut,telinganya seakan terdengar satu suara lembut sayup-sayup pada halwa telinganya.Masing-masing turut menajamkan telinga mendengar suara yang seakan sedang menyanyi dengan nada sungguh perlahan dan lembut.Masing-masing bulu roma sudah berdiri.

"Suara apa tu ma?"Tegur Adrian takut.Menggigil kecil tubuhnya.

"Jangan tegurlah Ad!"Tegur Puan Aliya tegas dalam gelap.Tawanya seakan mahu terhambur namun ditahan.

Cinta Tak Setaraf [ C ] Where stories live. Discover now