Bab 7

42.3K 2.9K 819
                                    

CINTA TAK SETARAF

Aku bukan cinderella,bukan juga princess.

_________________________

BEG sandang jenama Nike yang berisi laptop apple dicapai lalu disandang di bahu.Segala fail-fail yang dipenuhi dengan kertas-kertas penting dicapai lalu disumbatkan ke dalam sebuah lagi beg yang sederhana besar.Jam tangan dikerling sekilas.

"Oh my god!I'm late!I'm late!"Ngomelnya dalam keadaan kelam kabut.Tudungnya dibetulkan seketika dihadapan cermin.

Segala barang-barang dicapai lalu dia menuju ke pintu.Baru sahaja memegang tombol pintu,dia seakan tertinggal sesuatu.

"Allah..Dompet aku!"Dia berpatah balik ke biliknya.Yang tertinggalnya hanya dompet,tetapi bila sampai di meja tersebut.Segala diambil.Jam tangan,dompet,kad matrik dan lipstick.Allah.

Segera dia kembali ke pintu utama.Kasut heels wedges dicapai dan disarungkan.Pintu dikuak lalu ditutup dengan kasar.Dikunci!

Terkocoh-kocoh Hani berlari menuju ke kampusnya sebaik melangkah keluar dari teksi.Dia benar-benar terlewat.Jika tidak dia berjaga hingga pagi semata-mata mahu menyiapkan tugasan Madam Estela yang harus dihantar hari rabu minggu ini,pasti dia tidak terlewat.

Matanya tepat memandang ke gate utama kampus besar itu.Dia berlari-lari anak sambil membetulkan tali beg sandangnya yang sedikit terlurut ke bawah.

Sebaik tiba,pintu kelas diketuk sebanyak tiga kali.Pintu dikuak perlahan.Semua mata di dalam kelas itu tertumpu padanya.

Senyuman kecil dihadiahkan.

"Sorry Madam Fellysa I'm late"

•••••

IDHAN berpeluk tubuh sambil bersandar di kerusi.Hidangan sarapan pagi yang sudah tersedia di atas meja diabaikan.Matanya tertumpu pada Irsya yang sedang mengemas rumah.Bagus!Budak itu mengikut arahannya.

"Eh Han?Awal bangun?"Sapa seseorang dari anak tangga menyentakkan Idhan yang sedang memerhatikan gadis itu.Idhan mengalihkan pandangan memandang empunya suara.Wajah Puan Aliya dan Encik Ilham menyapa matanya.Hanya senyuman kecil dihadiahkan.

Encik Ilham dan Puan Aliya masing-masing mengerutkan dahi.Baru pukul 8.Selalunya anak-anak bujangnya selagi matahari tak tegak selagi tu takkan bangun.

Kerusi diambil lalu didudukkan.Puan Aliya meliarkan matanya memerhati sekeliling.Tiba-tiba matanya tertancap pada seorang gadis yang berada di ruang tamu.Lihat dari pancainderanya,seakan..

"Irsya?"Duga Puan Aliya sedikit kuat.Irsya yang terdengar namanya diseru segera berpaling.Jelas dia agak tersentak.

"Ah-Err..Ye mama."Sahutnya perlahan. Irsya dah menggigil kecil. Oh my..Ni bala namanya.

"Sini kejap!"Panggil Puan Aliya.Diteguk sedikit teh panas di cawannya.

Idhan terkedu.Dia juga seakan tidak tentu arah.Habislah..Dia berdeham sedikit bagi menghilangkan kegusaran.Encik Ilham memandang pelik terhadap Idhan yang tiba-tiba berdeham.Namun dibiarkan saja.Bihun goreng dihadapannya dicapai lalu disendukkan ke dalam pinggan.

Cinta Tak Setaraf [ C ] Where stories live. Discover now