Bab 12

38.8K 2.3K 472
                                    

CINTA TAK SETARAF

Aku bukan cinderella,bukan juga princess.

_________________________

DUA BULAN KEMUDIAN,

MAK long Iza menyeka peluh yang menitis didahinya sambil tersenyum.Gembira hatinya apabila restoran suaminya kembali maju.Penat-penat pun janji bahagia.Kini,dia sudah mampu berdiri dengan suaminya atas titik peluh 'haram' yang diambil tanpa sah oleh anak saudaranya.Namun ia cukup menggembirakan.Jika bukan kerana idea 'bodoh' suaminya pasti hidup mereka tidak akan bersenang lenang hingga sekarang.

Mak long Iza meliarkan anak mata mencari bayang suaminya.Matanya terhenti pada salah sebuah meja makan yang menempatkan dimana suaminya sedang melabuhkan punggung disitu.Oleh kerana baru pukul 3,jadi pelanggan belum lagi memenuhi kedai ini.Dia menapak mendekati sambil memerhati ke arah suaminya yang sedang terbatuk-batuk itu.Tempat disebelah suaminya diambil.Dahinya berkerut sedikit.

"Abang?Abang okay tak ni?"Soalnya risau.Mana tidaknya.Sejak kebelakangan ini suaminya sering terbatuk-batuk.Ajak pergi hospital tak mahu.Berlarutanlah sehingga kini.Risau juga dia apabila melihat suaminya yang sedang sakit itu.

Pak long Hasyim mengurut dadanya setelah batuk redha."Ab-Abang okay."Jawab Pak Long Hasyim dengan suara serak.Huh..Sesak nafas.

"Abang..Jomlah pergi hospital ke klinik ke.Saya risaulah."Cadang Mak long Iza.Dicapai tangan suaminya lalu digenggam.

Pak long Hasyim menggeleng laju."Tak de apa-apalah..Abang okay.Batuk sikit je.Nanti baik lah tu.."Pak long Hasyim mencipta alasan.Malas sebenarnya mahu ke klinik.Nanti macam-macam dia perlu uruskan.Dengan restorannya yang tengah maju ni.Dengan persekolahan anak-anaknya yang masih kecil.

"Sikit apa nya..Dah sebulan lebih abang batuk-batuk macam ni-"

"Uhukk-uhuk!!"Pak long Hasyim terbatuk lagi.Dia cuba mencari nafas namun payah.

Mak long Iza yang panik terus mengusap belakang badan suaminya itu.Dihulurkan segelas air jernih kepada suaminya.

"Minum air ni."Arah Mak long Iza.Pak long Hasyim menyambut lalu meneguk perlahan-lahan.Baru setengah air didalam gelas itu diteguk Pak long Hasyim terbatuk-batuk lagi sehingga tersembur air yang keluar dari mulutnya.

Mak long Iza terkedu.Cecair yang terkeluar dari mulut suaminya betul-betul membuatkan jantungnya hampir gugur.Bukan air tetapi darah pekat.

"Ya Allah abang!Darah!"Mak long Iza panik.Dilapkan darah yang memenuhi mulut suaminya. Namun belum sempat dia berkata lagi pak long Hasyim jatuh rebah ke atas lantai.Sekali lagi mak long Iza terkedu.

"Abang!"

•••••

PERLAHAN-LAHAN tubuhnya dibaringkan diatas katil. Kepalanya yang masih berbalut tudung sarung dibiarkan walaupun tersenget sedikit.Pandangan dihala ke siling kamar tidurnya.Syukur alhamdulillah.Keadaannya semakin pulih.Balutan bandage dikepalanya yang memakan masa 1 bulan lebih amat menyeksakan.Rambutnya pagi petang siang malam terperap dalam kain bandage itu.Dah berapa lama tak syampu rambutnya.Syukurlah tak masam!

Tudung shawl yang berwarna hitam itu dicapai lalu diletakkan diatas kepala tanpa berpin. Lebihan tudung shawl itu diselempangkan ke kanan dan kiri bahunya.Setelah siap,dia menapak turun ke bawah lalu menuju ke arah Adrian dan Idlan yang sedang makan snek diruang tamu.Punggung dilabuhkan di bahagian sofa bertentangan dengan mereka berdua. Pandangan dihala ke televisyen.

Cinta Tak Setaraf [ C ] Where stories live. Discover now