CINTA TAK SETARAF
Aku bukan cinderella,bukan juga princess.
_________________________
AIR mata yang masih mengalir diseka dengan sebak di dada.Pandangan ditebar pada dada langit yang menghitam. Tiada sinaran bulan mahupun bintang.Suram seperti dirinya yang keseorangan ditemani kesedihan,ditemani kesepian,ditemani kehibaan.Tiga hari sudah berlalu,namun sedikit pun dia tidak menerima sebarang mesej atau call daripada lelaki itu. Kelakuannya bagai meyakinkan pemikiran negativenya bahawa dia memang bukan isteri yang diidamkan lelaki itu walhal dia sudah cuba yang terbaik.Tidak nampakkah pengorbanannya sebagai isteri kepada lelaki itu walhal sedikit pun?
Mungkin ia,cinta yang terbina dahulu memang tidak setaraf.Mana mungkin dia anak yatim piatu, anak angkat yang jauh lagi hina pada pandangan lelaki tu dahulu, mudah memiliki hati lelakinya?Bukan gampang! Cinta yang terbina memang tidak membahagiakan dirinya.Dan kini dia baru sedar bahawa Cinta Tak Setaraf bagi lelaki sepertinya tak menjaminkan apa-apa.
Air mata mengalir lagi.Sebak didadanya bagai tidak mahu berhenti.Tangannya naik melekap pada perutnya yang mulai membesar.Diusap perlahan sambil menghayati tamparan lembut angin malam. Angin dingin yang menampar lembut tubuhnya sedikit sebanyak membawa pergi hatinya yang lara.
Maafkan mama sayang..
•••••
SEBUAH kereta berjenama myvi berwarna kuning terparkir elok dihadapan sebuah rumah banglo bertingkat yang dahulu menjadi tempatnya berteduh kasih sayang keluarga itu.Tubuh dibawa keluar dan mula melangkah masuk ke dalam pagar dan terus ke pintu utama.Suis loceng yang terletak dikirinya ditekan beberapa kali sebelum pintu dibuka seluasnya.Wajah seorang wanita yang dirinduinya menjadi tatapan pandangannya. Senyuman gembira mulai terukir pada bibirnya walhal tak segembira hatinya.
"Alhamdulillah..Sampai jugak anak mama." Terus dibawa ke pelukan eratnya.Beberapa saat kemudian pelukan dileraikan dan tangan wanita itu diraih dan dikucup lembut.
"Assalamualaikum mama.Mama sihat?"
Puan Aliya tersenyum halus.Tangan gadis itu ditarik masuk ke dalam. "Waalaikumusalam.Mama sihat je. Irsya sihat? Lama Irsya tak datang sini? Rindu mama dengan Irsya. " Kedua-dua wanita itu melabuhkan punggung sebaik sudah berada diruang tamu.
Irsya tersenyum hambar.Cuba menyembunyikan hiba di hatinya dengan senyuman dibuat-buat. "Maaflah mama.Abang busy sikit.Ni pun Sya mintak izin jumpa mama sebab abang tak ada." Ye,pagi-pagi dia sudah menghantar mesej pada lelaki itu bahawa dia mahu ke rumah mama namun satu pun tidak dibalasnya. Marah sangat mungkin.
"Aah..Samalah dengan mama.Sunyi je. Idlan pun dah lama tak datang sini. Adrian pula ada kursus architecture dekat taiping 4 hari dari semalam.Papa pulak outstation dengan Idhan dekat pinang tu yang mama alone.Duduk dengan Mak Kina je." Luah Puan Aliya. Bukan dia sahaja yang merasa kesunyian,mamanya pun sama. Haih nasib bersuamikan orang besar ni.
Cakap pasal papa.Ni satu hal,Idhan tak cakap pun dia pergi dengan papa? Apa dah jadi sebenarnya?
Irsya tersenyum hambar.Mahu sahaja dia menceritakan tentang masalahnya yang baru berlaku sebelum ini namun bila difikirkan balik. Hal rumah tangga tak elok dicerita pada orang.
"Sya dah makan?"Tersentak kuat tubuh Irsya apabila tangannya tiba-tiba disentuh Puan Aliya.Puan Aliya tertawa kecil. "Berangan apa tu? Terkejut nampak?"
Tawa palsu meniti dibibirnya.Cuba menyembunyikan perkara sebenar. "Tak ada apa-apa."
Maafkan Sya mama.
•••••
"MACAM mana korang buat kerja ni!"
"Tahu buat kerja ke tak!"
"Jangan curi tulang masa kerja!"
"Ada pekerja semua lembap!"
" Hei kau yang kat sana! Buat kerja! "
Idhan bercekak pinggang dengan mata teliti memerhati cara kerja pekerja-pekerjanya di site projek yang ke 2 di pulau pinang ini. Berkerut-kerut dahinya menahan panas terik yang memancar di atas kepala.Sungguh hatinya panas.Entah mengapa selama 4 hari di sini emosinya tak betul. Sentiasa menyembur orang dihadapannya tak kiralah lelaki ke perempuan ke papa ke apa yang dia rasa semua orang membuatkan hatinya bengang.
Punggung dilabuhkan di sebuah timbunan batu-bata yang tersusun.Peluh yang mengalir diseka.Sedang dia asyik memerhati pekerja-pekerja, bahunya disentuh perlahan dari tepi.Spontan dia menoleh.Wajah Encik Ilham menyapa pandangannya.
"Macam mana?Okay tak?"
"Entahlah.Han rasa semua bebal."
Encik Ilham mengeluh kecil.Punggung dilabuhkan disisi lelaki itu.Dia perasan semenjak dua tiga hari ni perangai lelaki itu seakan kembali pada yang asal. Tak tahulah kenapa.
"Han kenapa ni? Papa tengok kusut je? Ada masalah ke?"
Idhan menoleh sekilas. "Mana ada pa." Nada dingin.
"Sure? Tapi kenapa papa rasa Han ni asyik nak marah-marah je. Habis semua kena tempias. Sampai papa pun kena?"
"Tak lawaklah pa."
"I'm serious. Cuba bagitahu papa kenapa? Kenapa Han rasa kusut? Stress? Asyik nak marah-marah? Apa yang membuatkan Han rasa bengang sangat-sangat.." Pujuk Encik Ilham berserta tepukan di bahu. Dia tahu anaknya itu benar-benar tertekan.
"Entahlah pa.Han rasa semua orang sengaja nak cabar kesabaran Han. Han penatlah. Kerja tak henti. Tak cuti sampaikan Irsya pun kena tempik dengan Han. Stress tahu tak?" Tanpa sedar lelaki itu terlanjur kata.Terbuntang terus mata Encik Ilham.
"Han marah Sya?"
Idhan pula tersentak.Kini baru dia sedar bahawa dia sudah terlepas kata. "Err..Han tak sengaja.Ye lah Sya tu kata Han sibuk dengan kerja. Abaikan dia."
Encik Ilham mengeluh. Sudah dijangka ini yang akan diterimanya. "Papa nak tanya. Papa tengok Han asyik kerja je kan. Honeymoon dah pergi belum?" Soalan cepumas yang dilontarkan membuatkan lelaki itu kelu lidah.Takut-takut dia menoleh memandang muka Encik Ilham.
"Err..Belum pa. Tak sempat."
"See. Mana dia tak marah. Kalau papa jadi dia bukan papa marah je tau.Papa mintak cerai terus."
"Apa ni pa!" Marah Idhan.Tiba-tiba bangkitkan soal cerai dah kenapa? Papanya pun nak kena tempik ke?
"Dah sekarang jangan banyak cakap. Besok papa nak Han balik. Jaga dia bawak dia pergi bercuti. Jangan anggap dia macam tunggul dekat rumah. Hati perempuan ni kita kena tawan Han. Bukan dia je yang kena tawan hati kita. Kita kena faham dia. Hargai dia. "
"Habis projek ni si-"
"Biar papa dengan Azlan uruskan."
Idhan mengeluh.
____________________________________
YOU ARE READING
Cinta Tak Setaraf [ C ]
General FictionRomance | General Fiction | Action You know the little ones that you are cubs. Do not dream about what I feel. You are a woman without any honor. I have a heart to overwhelm my family's affection. please mirror yourself first.-Idhan. Kau bukan tuhan...