Bab 3

43.9K 2.7K 287
                                    

CINTA TAK SETARAF

Aku bukan cinderella,bukan juga princess.

_________________________

Seminggu kemudian,

Tok!Tok!Tok!

"Assalamualaikum!"

IRSYA yang baru sahaja mahu berbaring enak disofa terbantut apabila terdengar ketukan di pintu utama diselangi dengan ucapan salam.Dahi dikerutkan.'Siapa pula yang datang petang-petang ni?'Soalnya dalam hati.

Langkah menuju ke dalam bilik.Tudung shawl yang sudah ber'pin' itu dicapai lalu disarungkan.Hujung tudung yang terjuntai diselimpangkan di kiri dan kanan bahu.Langkah diatur semula ke pintu utama.

Wajah tiga orang pemuda lelaki menyapa matanya sesudah pintu dibuka.Senyuman kecil diberikan.

'Siapa pulak ni?Ada orang nak datang meminang aku ke?'Desis hatinya.Cepat-cepat dihapuskan.Mengarut!

"Assalamualaikum Puan."Sapa seorang pemuda yang berjambang nipis itu. Senyuman manis diukir dibibir itu.

Irsya tersentak.Puan?Muka punya muda macam remaja kata Puan?

Senyuman diukir hambar. "Waalaikumusalam.Err..Irsya.Cik Irsya." Sengaja ditekan gelaran CIK itu.Lelaki itu seakan termalu sendiri.Dua pemuda lelaki dibelakangnya tersenyum kecil.

"Maaf.Saya Encik Daus."

"Ada apa ye datang ke rumah saya?"Soal Irsya sopan.Bukan tak nak bawak masuk tetamu.Tetapi hanya dia seorang yang tinggal dirumah itu.Mana tahu pemuda-pemuda ni jadikan dia 'lauk' pulak?Tak ke naya?

"Kami datang sini untuk mengambil secara sah rumah yang telah dijual kepada kami." Terang Encik Daus.

Irsya mengerutkan lagi dahinya."Jual?Rumah ni dijual?"Soal Irsya tidak percaya.Ini mesti gurauan.Dia ketawa kecil bagi menghilangkan keresahan hatinya yang seakan-akan membenarkan kenyataan.

"Ye cik Irsya.Rumah ni telah pun menjadi milik kami dan mendapat kelulusan dari pihak mahkamah .Dan mohon kerjasama cik Irsya meninggalkan rumah ini."Arahnya sopan bersama senyuman kecil.

Irsya merengus kecil.Entah kenapa senyuman yang terukir dibibir pemuda itu menaikkan amarahnya.

"Hei! Siapa kau nak suruh aku keluar?!" Soalnya bengang.Sesuka je datang lepastu menghalau dia.Banyak cantik! Jantung yang berdegup laju tidak dihiraukan. Apa yang dia tahu dia rasa tak sedap hati.

Irsya menahan sabar.Tiada lagi bahasa sopan.Kelihatan Encik Daus dan pengikutnya dibelakang mengerutkan dahi bersama pandangan pelik.

"Cik Irsya.Kami kata baik-baik.Rumah ni telah pun dijual kepada kami dan pihak mahkamah telah pun memberi persetujuan.Kalau cik Irsya tak percaya boleh tengok borang ni." Dihulurnya sebuah sampul coklat yang sederhana besar itu.Irsya mencapainya dengan gemuruh di dada.

Saat borang itu sudah dikeluarkan.Matanya fokus membaca satu-persatu ayat yang tertulis di borang itu.

"Oh..Tak! Tak mungkin!"Dia menggeleng-geleng kepala.Air mata mulai bergenang.'Ya Allah..Ujian apa lagi yang kau titiskan pada aku?'Rintihnya dalam hati.

"Cik.Saya ulang lagi sekali.Tolong tinggalkan rumah ini segera."Desak pemuda itu.Irsya yang terasa tercabar menatap tajam wajah ketiga-tiga pemuda itu.

"Siapa yang jual rumah ni hah?!Siapa?!Bagitahu aku!"Desak Irsya.Tangannya menyeka kasar air mata yang jatuh dipipi.

"Hm.Tak silap saya yang jual tanah rumah ini ialah.."Dilihat sehelai kertas yang berada di dalam sebuah fail berwarna biru.

Cinta Tak Setaraf [ C ] Where stories live. Discover now