Bab 14

38.3K 2.3K 645
                                    

CINTA TAK SETARAF

Aku bukan cinderella,bukan juga princess.

_________________________

PINTU bilik dikatup rapat.Helaan nafas lega terkeluar daripada mulutnya.Dia bersandar pada belakang pintu biliknya. Gementar yang dia rasakan.Ternyata,abang tirinya iaitu Idhan sudah pulang ke Malaysia setelah berada di China selama sebulan.Entah mengapa dia berasa lain macam.Lebih-lebih lagi apabila Idhan memandangnya dengan pandangan 'meluat'.Jijik sangat ke dia?

Irsya mula membuka langkah menuju ke katil.Baru sahaja dia mahu melabuhkan punggung.Suara seseorang memetir memanggil namanya.

Alamak!

•••••

BAGASI yang dibawa naik itu diletakkan disebelah almari baju.Peluh didahi diseka.Idhan berdiri tegak sambil meregangkan otot-ototnya yang terasa lenguh. Pada awalnya pihak yang sponsorkan perlawanan ini ke China hanya seminggu, tetapi apabila buat kali kedua mereka digelar juara dan diberikan cuti panjang selama sebulan. Terasa heaven sungguh!

Nafas ditarik dan dihembus. Idhan berpaling melihat sekeliling bilik.Terasa rindu.

Ehh Jap!

Idhan memerhatikan kawasan biliknya.Terasa seakan pelik.Serta merta api kemarahannya melanda dirinya.

"Siapa yang pandai-pandai alihkan barang aku ni!"Rungut Idhan geram.

Dia berlari anak menuju ke tingkat bawah dan terus ke dapur.Bayang Mak Kina dicari.

"Eh Han?"Idhan berpaling ke arah suara itu.

"Mak Kina.Sapa yang kemas bilik Han masa Han takde?"

Mak Kina berfikir sejenak."Mak Kina rasa bukan Mak Kina.Tapi..Irsya kot."

"Irsya?"

Mak Kina mengangguk."Sebab hari tu dia ada bawak turun baju kotor.Katanya Han punya.Jadi,Irsya lah kot yang kemas bilik Han..Kenapa?"

Idhan mengendahkan pertanyaan Mak Kina.Dengan rasa marahnya,Idhan berlari ke tingkat atas semula.Dia masuk ke dalam biliknya semula.Pintu dikatup kasar.Dia bercekak pinggang sambil menahan marah.

"Bodohlah perempuan ni!"

Idhan terpandang ke arah satu sudut dimana merupakan tempat yang paling dia tidak suka disentuh.Api kemarahannya semakin mendidih.

"Perempuan ni minta maut agaknya!"

••••••

"IRSYA!!Woi kau sini kau!"

Beberapa minit kemudian,terdengar ketukan dipintu.Idhan membuka dengan kasar lalu terus menarik tangan gadis itu masuk ke dalam bilik.Pintu dikatup rapat.

Irsya pula ketakutan. Sudahlah muka bengis."Apa kau nak?"Soalnya takut-takut.

"Siapa suruh kau kemas bilik aku?!Siapa izinkan kau sentuh barang-barang aku!"Jerkah Idhan tak tertahan.Kalau dia gila mahu saja dicekik perempuan ni sampai mati.

Cinta Tak Setaraf [ C ] Where stories live. Discover now