Bab 22

35.9K 2.1K 135
                                    

P/s:Min tak rasa Min boleh maafkan Idhan atau tak.Ngeh²😎.

CINTA TAK SETARAF

Aku bukan cinderella,bukan juga princess.

_________________________

KELAJUAN kereta ditingkatkan. Pedal minyak ditekan sehabis yang boleh.Suka hati dia mahu speed selaju mana janji dia puas.Jalan yang baru dibangunkan ini dicerobohnya. Pedal minyak dilepaskan lalu dibrek mengejut.Dada berombak laju.Matanya tajam memandang ke hadapan.

"Arghhh!!Bodoh!Bodoh!Bodoh!Arghh!"Stereng kereta dihempas-hempas oleh tapak tangannya. Dadanya berombak laju menahan marah.

Pintu kereta dibuka lalu Idhan menapak keluar.Rambutnya diramas kasar.Angin malam yang menampar lembut tubuhnya tidak mampu menyejukkan hatinya.

Kesal?Lega?Puas?

Tak tahu.

"Arghhhh!!"

Tayar kereta disepak-sepak kegeraman.Rahangnya diketap rapat.Rambutnya yang sedia kusut dikusutkan lagi. Nampaknya.Lokasi yang ditujunya untuk mencari ketenangan makin menambah kegeraman.Idhan menapak masuk ke dalam kereta lalu enjin kereta dihidupkan.Kereta mula bergerak dalam kelajuan 175 km/j.

Kereta mula hilang kawal sebaik dia terlanggar sebatang kayu ditengah jalan.

Dup!

Kereta berhenti mengejut.Kepala Idhan tersandar pada stereng kereta.Nafas ditarik dan dihembus.

Bodoh!

Idhan bersandar pada kusyen kereta.Terasa ada peluh mengalir di tepi dahi lalu segera diseka.Tergerak hatinya untuk melihat kesan peluhnya.

Tepat sangkaannya.

It's a blood!.

Idhan mendengus kasar.Kepalanya berdenyut seketika lalu handphonenya dicapai.Nombor Izzam didail.

Tut~Tut~

"Hello bro-"

"Teman aku pergi klinik.Jumpa tempat biasa."

Talian dimatikan.

•••••

2 jam kemudian,

Seorang doktor lelaki berkaca mata melangkah keluar dari bilik icu sambil membuka mask yang dipakainya lalu dimasukkan ke dalam kot putih kerjanya.Dia menapak mendekati Encik Ilham sekeluarga apabila keluarga itu segera menghampirinya.

"Macam mana keadaan anak saya doktor?"Soal Puan Aliya risau.Encik Ilham yang berada disebelah menenangkan isterinya.Idlan dan Adrian berbalas pandangan.

Doktor itu melepaskan helaan nafas berat."Pukul berapa pesakit mula tak sedarkan diri tadi?"Soal doktor lelaki yang memakai tag nama 'Khai'.

"Dalam pukul 11 macam tu."Jawab Idlan.Adrian mengangguk tanda setuju.

Sekali lagi doktor itu menghela nafas berat."Saya tak tahu apa yang terjadi tapi.Dari pemerhatian dan pemeriksaan saya,pesakit kekurangan oksigen.Buat masa ni keadaannya masih lemah dan belum sedarkan diri.Dan kami mengambil masa yang agak lama sedikit untuk memberi ruang bekalan oksigen yang kami salurkan pada tubuhnya mengalir dengan segera."Jelas Doktor Khai lagi.Puan Aliya menyembamkan mukanya pada dada Encik Ilham.

Cinta Tak Setaraf [ C ] Where stories live. Discover now