EPILOG

84.8K 2.9K 1.2K
                                    

[ kalau nk lagi feel dipersilakan pasang lagu sedih..]

_________

CINTA TAK SETARAF

Aku bukan cinderella,bukan juga princess.

_________________________


TERKOCOH-kocoh keluarga Encik Ilham berlari mendapatkan Idhan yang sedang melabuhkan punggung dihadapan sebuah bilik emergency. Masing-masing sudah risau yang teramat apabila menerima berita tersebut terutama Puan Aliya. Mahu saja dia pitam apabila berita itu yang diterimanya. Sungguh benar-benar terkejut.

"Idhan!"

Idhan mengangkat wajahnya dan terus bangkit apabila keluarganya sudah sampai dihospital tersebut. Wajah dan pakaiannya yang sudah dikotori dengan darah pekat dibiarkan. Matanya sembap dan hidungnya merah akibat menangis. Sungguh dia takut. Dia tidak dapat bayangkan apa yang bakal terjadi. Ya Allah kau selamatkan lah isteriku dan anakku Ya Allah.

"Macam mana dengan Irsya?" Soal Encik Ilham sambil memaut isterinya. Takut tiba-tiba pitam pula.

Idhan menggeleng kecil. " Tak tahu lagi pa. Dah satu jam Han tunggu." Air mata yang bergenang segera dihapus.
Dia harus kuat.

Idlan menoleh sekilas ke arah isterinya yang sedang mendukung bayi mereka dan kembali menoleh adiknya yang dipenuhi dengan darah pada baju putihnya. Riak wajah masing-masing benar-benar kerisauan. Segera dirapati Idhan dan dibawa ke pelukan adiknya cuba memberikan semangat.

"Kuatkan semangat Idhan.Abang tahu kau kuat. Doa banyak-banyak. Insyaallah Irsya selamat."

Idhan mengangguk kecil dan meleraikan pelukannya. Air mata yang mengalir diseka perlahan. Encik Ilham dan sekeluarga menoleh ke arah pintu bilik emergency tersebut apabila terdengar pintu dikuak dari dalam. Idhan segera mendekati seorang doktor wanita dan diikuti dengan keluarganya.

"Siapa suami Puan Irsya?"

"Saya." Laju Idhan menyahut.

"Yang ni semua family dia?" Pantas Puan Aliya mengangguk.

"Macam mana dengan isteri saya?"

Doktor itu tiba-tiba melepaskan keluhan berat. Ditundukkan pandangannya ke bawah. Terasa berat untuk dia memberitahu perkara sebenar. Ini merupakan pengalaman ke-2 dia alami sepanjang menjalankan tugas di hospital ini. Wajahnya diangkat kembali dan dipandang sekilas ahli keluarga tersebut. Ini bukan kali pertama dia melalui pengalaman pesakit sebegini. Jadi dia turut simpati akan nasib yang menimpa keluarga ini.

" Encik Idhan ada bersama dengan Puan Irsya semasa kejadian bukan?" Semua mata berpusat pada lelaki itu. Pantas Idhan mengangguk.

"Awak tahu kan isteri awak cedera parah?"

Idhan mengangguk lagi. Menanti dengan debar keputusan doktor itu.

"Menurut hasil pemeriksaan kami, isteri awak mengalami kecederaan yang parah sehingga membuatkan tulang belakangnya patah dan hentakan kuat pada bahagian kepala.."

Pandangan berpusat pada doktor wanita itu. Mendengar dengan teliti dan peka terhadap apa yang hendak disampaikan olehnya. Tiba-tiba keluhan berat meniti di bibir doktor tersebut. Doktor wanita itu mengangkat wajah memandang Idhan.

"Dan dia..."

Jantung berdegup laju tidak mengikut tempo. Nafas cuba diatur dan cuba bertenang. Sama ada berita baik atau buruk yang bakal menyusul dia cuba bertenang.

Cinta Tak Setaraf [ C ] Where stories live. Discover now