Bab 54

36.7K 1.9K 101
                                    

CINTA TAK SETARAF

Aku bukan cinderella,bukan juga princess.

_________________________

PERJALANAN ke 'rumah baru' memakan masa selama satu jam.Keadaan dalam kereta jenama Honda Accord itu sunyi sepi yang hanya ditemani dengan celoteh dj radio yang kadang kala mencuit hati sesiapa sahaja yang mendengarnya.Pemandangan ciptaan semulajadi yang menghiasi pemandangan di sepanjang jalan diperhatikan.Turut serta bangunan-bangunan yang gah berdiri dengan majunya di setiap ceruk di bandar pesat ini.Ini antara kejayaan termashur negara Malaysia.Yang harus disyukuri dan dibangga dengan sepenuhnya atas usaha-usaha rakyat Malaysia.

Rayban yang terlurut jatuh dilekapkan semula pada batang hidung.Sesekali matanya mengerling sekilas orang sebelah yang diam tak berkutik. Merenung setiap apa yang ada di jalan raya ini.Senyuman halus terukir di pipinya.

"Sya okay?Diam je.."Stereng dipusingkan ke kanan apabila kereta mula memasuki sebuah simpang.Cermin pandang belakang dilihat sekilas.a

Irsya menoleh."Okay je.Bila nak sampai?Dah lama sangat duduk dalam ni."Rungutnya.Naik kebas punggung akibat duduk lama dalam kereta.Bukan tu je,lemak pun boleh bertambah tau.

"Dah nak sampai dah.Kenapa?Sya lapar?"

"Bukan.Penatlah duduk lama-lama dalam kereta.Jauh lagi ke?"Anak matanya mengekor melihat setiap satu perumahan yang ada.Baru dia sedar,lelaki itu sudah memasuki ke kawasan perumahan elit yang dirasakan baru lagi.

Idhan meneruskan pemanduannya sehingga masuk ke dalam sebuah rumah perumahan 2 tingkat yang agak moden sedikit.Enjin kereta dimatikan sebaik keretanya sudah terparkir elok di porch.

Irsya terkedu."Ni rumah kita ke?"

Idhan tersenyum makna.Terasa niat mahu mengusiknya menjengah."Eh.Mana ada.Bukanlah.Abang tak mampu beli rumah macam ni."Ujarnya bersungguh-sungguh.Tawanya hampir meletus apabila terpandangkan raut wajah yang agak kekeliruan itu.Jahatnya dia.

"Ye ke?Habis tu ni rumah siapa?Kenapa parkir dekat dalam?Rasa tak hormat pula."

Idhan berdeham kecil.Cuba menahan tawanya dari meletus."Keluar lah dulu kalau nak tahu."Kunci kereta dicabut dan pintu mulai dibuka.Irsya masih lagi terkebil-kebil memandang tubuh suaminya yang sudah melangkah keluar.Beberapa saat kemudian,dia turut melangkah turun dari kereta.

Terbit rasa hampa di hati perempuannya melihatkan rumah sebesar dua tingkat ini.Bestnya lah kalau dapat tinggal dekat rumah macam ni.Tapi nak buat macam mana?Dah suaminya bilang tidak mampu.Dia bersyukur janji lelaki itu sentiasa ada dengannya.

"Pergi masuk dulu.Jangan lupa bagi salam."Arah Idhan yang sedang mengeluarkan beg bagasi mereka dan beberapa barang yang ada.Senyumannya tak lekang dari bibir lelakinya.Entah apa reaksinya bila gadis itu mengetahui yang sebenarnya.

Irsya menapak ke pintu."Assalamualaikum.."Salam diberi berserta ketukan pada pintu.Gemuruh yang dia rasakan.

"Assalamualaikum."Dicuba sekali lagi namun tak berjawab.Dahi berkerut.Dia berasa pelik sedikit.Macam takde orang je dekat rumah ni?Selipar pun tak de.Takkan tak ada kaki kot penghuni dalam rumah ni?Tapi mungkin diorang simpan di dalam rumah kot?

Irsya berteka-teki dalam hati.Pelbagai perkara berpusu-pusu memasuki ke dalam otak.Idhan mula menapak mendekati isterinya yang seakan blur dihadapan pintu.Ditarik sekali dua buah bagasi besar.Tanpa bicara,tangannya terus memasukkan anak kunci ke dalam lubang kunci.Kelakuannya dipandang pelik oleh Irsya dengan selamba dia melangkah masuk berserta bagasinya. Meninggalkan Irsya yang terpinga-pinga di muka pintu.

Cinta Tak Setaraf [ C ] Where stories live. Discover now