Bab 61

41.6K 2K 974
                                    

CINTA TAK SETARAF

Aku bukan cinderella,bukan juga princess.

_________________________

"IRSYA!!"

Laungan suara garau seseorang bergema kuat ditingkat bawah sehingga membuatnya terjaga ketika sedang tidur lena.

"Irsya kau turun sekarang!"

Irsya tersentak. Tubuhnya terus dibangkitkan. Suara tu.. Suaminya dah balik? Senyuman nipis terukir di bibirnya. Dengan sedikit payah, dia menapak laju ke tingkat bawah. Satu figura lelaki sedang berdiri bercekak pinggang membelakanginya di ruang tamu. Segera dihampiri bersama senyuman gembira di bibirnya.

"Abang dah balik?" Irsya terus meluru ke arah lelaki itu dan pantas tubuh sasa lelaki itu dipeluk erat namun tak sampai beberapa saat tubuhnya ditolak sedikit kasar sehingga dia jatuh terduduk di atas sofa. Sungguh dia terkejut. Wajah tegang suaminya dipandang risau.

"Abang...Abang okay?"

"Bagitahu aku sekarang."

Dahi gadis itu berkerut.Kenapa ni?"Bagitahu apa abang?" Soalnya naif. Apa yang suaminya mahu tahu?

"Kau bodoh atau pura-pura bodoh? Bagitahu aku sekarang aku nak tahu! Apa benda kau sembunyikan dari aku!"

Semakin berkerut dahi gadis itu. Sungguh dia tak faham. Sembunyi? Benda? Apanya?

"Sya tak fahamlah abang."

Idhan memanah tajam sepasang mata itu sebelum terlorot pada perut gadis itu yang agak berisi sedikit dan kembali memandang wajah isterinya.

"Kau mengandung kan?"

Irsya tersentak. Bagaimana suaminya tahu? Siapa bagitahu? Senyuman halus terukir di bibirnya. Perlahan-lahan dia mengangguk dan terus dia berdiri berhadapan dengan suaminya.

"Abang dah tahu?"

"Kenapa? Tak nak aku tahu?"

"Tak bukan tu maksud Sya. Sya nak sup-"

Kata-kata Irsya terhenti apabila lelaki itu tiba-tiba tertawa sinis. Wajah suaminya dipandang hairan.

"Kau mengandung?" Irsya mengangguk.

"Anak siapa?" Irsya tersentak kuat apabila Idhan berkata sebegitu. Anak mata lelaki itu ditenung dalam.

"Abang cakap apa ni? Anak abang lah.." Sungguh dia terasa mahu menangis tika ini.Dadanya bergetar hebat tika ini.

Idhan tertawa sinis sekali lagi. "Betul ke anak aku atau anak haram?"

Pang!

Air mata jatuh setitik di pipi gadis itu sebaik tangannya melayang tepat ke pipi lelaki itu. Sungguh dia rasa terkilan. Suami jenis apa dia ni?! Ya Allah!

Idhan terteleng ke tepi. Serta merta dadanya berombak laju menahan amarah yang membuak-buak. Tadi di rumah mamanya dah kena sebiji dan di rumahnya kini dia terima lagi? Ini dah melampau!

"Abang dah melampau tahu tak! Sya isteri abang kenapa pulak Sya mengandung anak orang lain! Abang ni kenapa!"

"Kau tu yang kenapa! Kalau betul tu anak aku." Jari telunjuk dihala tepat ke arah perut gadis itu. "Kenapa kau tak bagitahu aku! Kenapa kau sembunyikan kandungan kau! Isteri jenis apa kau ni! Aku bukan suami kau ke? Kenapa aku dengar daripada mulut mama? Kenapa aku orang kedua yang tahu! Kenapa?! Bagitahu aku!"

"Abang tu yang kenapa! Abang yang jadikan diri abang sebagai orang kemudian yang tahu pasal kandungan ni. Sya cuba bagitahu tapi abang tak layan! Abang marah Sya! Abang tengking Sya! Abang yang tak nak tahu Sya mengandung anak abang dan sekarang abang nak salahkan Sya?!"

Air mata mengalir deras di pipi. Terhambur segala kemarahan, luahan hati yang dipendam selama ini. Sungguh dia rasa terseksa jiwa dan raga tika ini.

Idhan terdiam seribu bahasa. Tangannya naik meramas kasar rambutnya. Dia tak faham dengan apa yang berlaku. Sama ada salah dia atau isterinya! Dia buntu!

"Betullah apa yang Sya cakap selama ni. Abang memang tak sayang Sya. Semua kata-kata abang dusta!"

"Diam Irsya."

"Sya kecewa dengan abang. Sya cemburu dengan orang lain. Suami diorang gembira bila tahu isterinya mengandung. Tapi abang? Kenapa abang tak macam tu?"

"Diam Irsya. Jangan cabar aku."

Irsya masih lagi menangis. Kalau boleh dia mahu meluahkan apa yang dia pendam sekarang juga.

"Tolonglah abang. Sya cuma nak abang ada dengan Sya. Dengar apa yang Sya nak kata,apa yang Sya nak luah. Susah ke abang?"

"Aku kata diam,diamlah bodoh! Kau dari dulu tak pernah tak cari nahas dengan aku! Kau buat aku hilang sabar tahu tak!"

"Okay fine! Kalau kau stress dengan aku,kau tak suka cara layanan aku terhadap kau. Okay..." Idhan menarik nafas supaya bertenang. Wajah gadis itu dipandang dalam.

Irsya terdiam. Kelopak matanya dipejam rapat menunggu ayat yang dijeda lelaki itu. Entah mengapa ia seakan menakutkan. Air mata yang mengalir dibiarkan jatuh menyembah bumi.

"Lepas kau bersalin! Aku bebaskan kau! "

Dush! Kelopak mata yang terpejam rapat terus terbuka. Mulutnya melopong tidak percaya. Air mata yang ditahan mengalir semakin deras. Tersedu-sedan dia menahan tangis. Figura lelaki itu hilang disebalik dinding tangga.

Irsya jatuh terduduk. Tangannya menekup mulutnya. Hatinya semakin sebak tika ini. Kali ini benar-benar hancur. Apa yang merasuk fikiran lelaki itu sehinggakan perkataan keramat yang amat menyakitkan terpacul keluar di bibir lelaki itu.

Ya Allah..Aku tak kuat..

•••••

PINTU bilik ditutup kasar sehingga berdentum bunyinya. Hatinya sakit tika ini apabila dia mengeluarkan sepotong ayat yang tidak disangka oleh dirinya sendiri. Mampu kah dia melakukannya apabila sudah tiba masanya? Bodoh! Dia benar-benar bodoh! Cakap tak pakai otak! Cakap pakai sedap mulut je dia ni!

Idhan tersandar di balik pintu yang tertutup rapat. Air mata lelakinya mengalir dipipi. Dia tak tahan! Emosi tak bertempat sehinggakan isterinya yang menjadi tempiasnya. Ya Allah berdosakah dia?

Tangan naik meramas kasar rambutnya. Hatinya menjerit kuat. Rasa cintanya terhadap gadis itu bagaikan terkubur. Dia sendiri buntu dengan apa yang terjadi..

Maafkan abang Sya..

____________________________________

Cinta Tak Setaraf [ C ] Where stories live. Discover now