Bab 24

36.7K 2.1K 50
                                    

CINTA TAK SETARAF

Aku bukan cinderella,bukan juga princess.

_________________________

IRSYA tersenyum pahit.Penat.Dia terasa penat.Jantungnya berdegup perlahan.Dia cuba menarik nafas namun seakan ada sekatan yang membuatkannya sukar untuk bernafas.Macam orang semput untuk bernafas.Tangannya naik membuka alat pernafasan namun ditegah mama.Wajah mama dipandang lemah.

"Sya tak sihat lagi sayang.Doktor tak izinkan bukak.Nanti Sya tak boleh bernafas.Oksigen kurang dalam badan tu."Pesan Puan Aliya tersenyum.Tangannya naik mengusap kepala gadis itu yang dibaluti tudung.

"Sya haus ma."Ujar Sya perlahan.Nafas cuba ditarik walaupun sedikit sukar.Air liur ditelan payah.Lehernya terasa pedih.

Puan Aliya bangkit lalu terus mencapai secawan air mineral dan diletakkan di atas meja.Dia membantu Irsya bersandar perlahan-lahan di atas bantal yang disandarkan di kepala katil.Alat pernafasan dibuka lalu air itu didekatkan dibibir gadis itu.Perlahan-lahan dia minum.

"Sya baring eh.Sya tak sembuh lagi."Puan Aliya meletakkan cawan itu ke atas meja lalu kembali membaringkan gadis itu.Alat pernafasan kembali diletakkan di mulut gadis itu.

Irsya memandang Puan Aliya sayu.Wajah mamanya kelihatan sembap.Lingkaran bawah mata juga hitam."Mama.."

"Ye sayang?"

Tak tumpah seperti perangai arwah ibu.Hmm.Rindu ibu.

"Mama tak balik ke semalam?"Soal Irsya perlahan.Lehernya yang terasa pedih menyukarkannya untuk berbicara dengan jelas.

Puan Aliya tersenyum."Tu semua tak penting sayang,yang penting sekarang Sya dah sedar.Syukur alhamdulillah.."Puan Aliya menghadiahkan sebuah kucupan di dahi anak gadis itu.Irsya tersenyum.

Terima kasih Ya Allah kau hadirkan seorang ibu yang sama seperti arwah ibu.Terima kasih ya Allah.

•••••

Dua Hari Kemudian,

PUAN Aliya memimpin Irsya perlahan-lahan masuk ke dalam rumah.Adrian pula membantu mengangkat barang dalam kereta.Sebaik tiba di ruang tamu,Irsya memberitahu bahawa dia penat.Dia mahu berehat seketika di ruang tamu sebelum naik ke atas.Puan Aliya pada awalnya tidak bersetuju namun apabila sudah dipujuk dia membenarkan.

"Adrian..Teman Kak Sya ni dekat sini.Mama nak keluar kejap.Ada hal."Ujar mama kepada Adrian yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam rumah sambil mengangkat barang-barang Irsya.Adrian mengangguk.

"Ad letak barang Kak Sya dalam bilik kejap."Adrian berlalu pergi.Puan Aliya menapak mendekati Irsya.

"Sya.Mama nak keluar sekejap.Tak pe ke Sya berehat dekat sini?"

Irsya tersenyum."Tak pe mama."

Puan Aliya mengusap kepala Irsya."Mama pergi dulu sayang Kalau ada apa-apa mintak tolong Adrian.Kalau nak makan Mak Kina ada masak."Pesan mama.Irsya meraih tangan mamanya lalu dikucup.

"Hati-hati ibu."Ucap Irsya melepaskan tangan Puan Aliya.Puan Aliya tersentak.

"Maaf.Hati-hati mama."Ujar Irsya sekali lagi.Puan Aliya tersenyum sebelum berlalu pergi.

Mata Irsya terkalih pada Adrian yang baru sahaja melabuhkan punggung disofa yang bertentangan dengannya.Remote tv dicapai lalu lelaki itu membuka saluran tv yang menarik minatnya.Saluran berhenti pada cerita kartun Sofia The First.Irsya tergelak kecil.

"Ad suka tengok Sofia ke?"Usik Irsya.Adrian menoleh.Tersengih."Tak de cerita bestlah Kak Irsya."

Irsya mengangguk faham.Sofia pun Sofia lah.

Cinta Tak Setaraf [ C ] Where stories live. Discover now