Bab 41

35.3K 1.9K 170
                                    

All this time we spent alone.
Thinking we could not belong.
To something so damn beautiful.
So damn beautiful.

*_*_*_*

CINTA TAK SETARAF

Aku bukan cinderella,bukan juga princess.

_________________________

8:02 malam.

DAHI Adrian berkerut-kerut menahan pedih dengan mata terpejam.Sakitnya tu hanya Allah yang tahu.Berdenyut-denyut yang dia rasakan.

"Adrian.."

Adrian cuba mencelikkan matanya apabila suara Puan Aliya menyeru namanya. Perlahan-lahan dibuka.Sebaik sudah jelas penglihatannya, dilihat ahli keluarganya duduk mengelilinginya.Tangan Adrian naik memegang kepalanya yang pedih akibat dihentak sesuatu yang keras.

"Aduh!"

"Ad kenapa dengan kepala Ad?Ada orang pukul ke?"Soal Puan Aliya cemas apabila anaknya asyik memegang kepalanya.

Sebaik dengar perkataan 'pukul'.Adrian seakan tersedar sesuatu.Segera mata meliar ke sekeliling.Sakitnya yang tak tertahan itu diabaikan.

"Ad cari apa Ad?Kenapa ni?"Soal Tok Wan risau apabila cucunya seakan tak tentu hala.

Adrian memandang Tok Wan dan ahli keluarganya satu persatu.

"Kak Sya mana?"

Semua terdiam dan berpandangan.

"Irsya ada dengan Ad ke tadi?"

"Irsya mana?!"

Adrian mula hilang sabar.Hatinya dilanda kerisauan yang menggunung.

•••••

Waktu yang sama,

Irsya tersedar apabila terasa ada bau aneh disekitar hidungnya.Seakan bau racun yang amat memeningkan malah meloyakan.Dahinya berkerut-kerut menahan bau tersebut.Sesekali terasa ada sesuatu mahu melonjak keluar dari anak tekaknya. Dadanya diusap perlahan. Rambutnya yang menutupi wajahnya disebak ke belakang.

Tangannya naik menutup hidungnya akibat tak tertahan baunya.Perlahan-lahan dia bangkitkan tubuhnya lalu bersandar pada kepala katil.Apabila rasa tak selesa sebuah bantal diambil lalu diletakkan dibelakangnya.Selesa.

Jap!

Katil?

Rambut?

Mata Irsya statik tercelik.Tangannya naik meraba-raba rambutnya. Benar.Tudungnya sudah ditanggalkan dan entah ke mana. Matanya meliar ke sekeliling memandang sebuah bilik yang berwarna serba putih.Dia memansang sudut di dinding yang terdapat banyak kepingan gambar di situ.Perlahan-lahan Irsya turun dari katil lalu menuju ke satu sudut di dinding itu.Dia meringis kesakitan apabila dia tersedar bahawa kakinya masih lagi cedera.Setapak demi setapak dia berjalan.

"Astaghfirullahalazim." Tangannya naik menekup mulut akibat terkejut.Berucap panjang dia apabila perkara yang berada di hadapannya benar-benar tak dijangka.

Cinta Tak Setaraf [ C ] Where stories live. Discover now