Bab 48

35.7K 2K 36
                                    

Dan sekarang aku tertunggu-tunggu kebenarannya.
Adakah kau yang aku tunggu?

CINTA TAK SETARAF

Aku bukan cinderella,bukan juga princess.

_________________________


2 bulan kemudian,

KAKI menapak ke hadapan sedikit.Menuju ke balkoni yang berada di loteng rumahnya. Selama mana dia tinggal di sini,langsung dia tidak tahu akan wujudnya satu tempat yang dinamakan loteng.Ia perlu memasuki ke dalam sebuah bilik kosong yang mempunyai tangga untuk menuju ke loteng rumah banglo tersebut.

Pandangan di lemparkan ke seluruh pemandangan di hadapannya.Bibir mungilnya mengukir sebuah senyuman.Indah sungguh pemandangan jika dilihat dari atas.Boleh dilihat dari jauh menara berkembar KLCC yang berdiri gah di tengah-tengah kota itu.Dapat juga dilihat beberapa bangunan yang turut maju berkembang.

Syukur alhamdulillah,selama dua bulan ini.Segalanya bertukar. Segalanya telah berubah.Berita gembira sering menyapa halwa telinganya.Syukur kepada yang maha Esa.Kini,dia seakan dapat bernafas dengan selesa.

Selama dua bulan ini,pelbagai perkara telah berlaku. Hani,merangkap sepupunya yang baru sahaja bernikah telah dikurniakan zuriat kepada pasangan itu dan kira-kira hari ini sudah mencecah sebulan setengah kandungannya.Dan perutnya mula membentuk.

Idlan pula,sudah selamat diijabkabulkan pada minggu lepas.Suasana gembira tidak dapat digambarkan oleh pasangan itu apabila ramai tetamu yang hadir.Sama cantik,sama padan.Mereka juga telah berpindah ke rumah baru mereka yang telah dihadiahkan oleh papa.

Idhan?Syukur alhamdulillah.Dia sudah pun berubah.Walaupun kadang-kadang barannya datang menjengah namun segera dia bersabar.Semua yang negatif tidak lagi kedengaran.Lelaki itu juga sudah meninggalkan zaman remajanya iaitu bermain bola keranjang.Kini,dia mengambil alih sebagai COO syarikat milik papanya.Pengurus besar sudah tentu papa bukan?Idlan? Chief Executife Officer syarikat sudah tentu dan dia diberikan amanah sebagai pihak terpenting syarikat besar itu.Dan setelah Adrian sudah pun menghabiskan ijazahnya,pangkat mulia di syarikat itu bakal menyusul.

Mama pula sekarang makin sibuk dengan cafenya yang semakin lama semakin maju.Dan kini,papa telah menghadiahkan sebuah kedai sempena hari jadi mama untuk memiliki cafe sendiri daripada menyewa kedai di shopping mall tersebut.

Dan kini,tinggallah dia dan Mak Kina berdua di dalam rumah besar ini.Terasa sunyi sangat.Masing-masing busy.

Irsya mula membuka langkah apabila terasa sudah lama dia berada di loteng ini.Cukuplah,nanti-nanti boleh datang lagi.Lebih baik dia tolong Mak Kina.

Daun pintu dihampiri lalu tubuh itu menghilang disebalik pintu yang terkatup rapat.

•••••

TING!

ADRIAN memandang handphonenya apabila mendapat satu mesej masuk.Rambutnya diraup kebelakang lalu pantas membuka mesej tersebut.Pembelajaran bersama Prof Amin tidak dihiraukannya.Kalini,terasa tiada mood untuk belajar.

Idhan:-
-Lepas habis class jumpa abang dekat cafe selalu.Nanti kita pergi cari dekat mall.

Adrian tersenyum nipis.Hatinya mengorak kegembiraan. Fikirannya sudah jauh terbang ke udara sehingga tidak sedar suara Prof Amin bergema di ruang bilik tersebut.

"Nik Adrian Ishqal!!"

Adrian tersentak apabila telinganya menangkap suara kasar Prof Amin bergema.Segera anak mata mencari susuk tubuh tersebut yang berdiri bercekak pinggang di hadapan kelas dan wajah garang terpampang.

Cinta Tak Setaraf [ C ] Where stories live. Discover now