Bab 19

38.5K 2.3K 994
                                    


CINTA TAK SETARAF.

Aku bukan cinderella,bukan juga princess.
_______________________________

"IRSYA."

Irsya yang sedang membasuh bahan-bahan masakan di sinki menoleh ke belakang.Wajah Idlan menyapa pandangannya. Pili air ditutup.

"Kenapa abang Lan?"Mata Irsya jatuh melurut dari atas ke bawah melihat pemakaian abang Lan yang segak.

Aik..Hensem-hensem nak pergi dating ke?Panggil aku sebab nak ajak ke?Ahaks!Gediknya aku.Jangan mimpilah.

"Siap cepat."

Irsya terkedu."Nak pergi mana?"Ajak aku dating ke..

"Mama suruh siap.Kita cari baju untuk majlis kenduri abang Lan nanti.Jom cepat.Abang tunggu dekat luar."

Irsya terdiam sebelum tersenyum segaris."Ouh okay..Jap."

Irsya menapak mendekati Mak Kina.Bahu Mak Kina disentuh.

"Mak Kina sorry tau sebab arini Sya tak sempat nak belajar masak."

Mak Kina tersenyum."Tak pe..Esok-esok boleh.Dah pergi siap."

Irsya tersenyum lalu melangkah keluar dari ruangan dapur.

•••••

SEPASANG kasut sneakers berwarna hitam bertali putih dicapai.Pemberian mama tau.Cantik kasut ni.Sesuai dengan pemakaiannya yang bertemakan hitam putih.Kasut itu disarung lalu Irsya kembali berdiri.

Wajah papa,mama,Idlan,Adrian dan..Idhan dipandang satu-persatu.Hensem-hensem semua.Mama pun cantik.Mata Irsya jatuh pada Idhan.

Okay cukup buat iman aku gugur.Eiish..Ni yang tambah suka ni!

"Dah jom naik."Arah mama yang mula menaiki sebuah kereta jenama alphard yang berwarna putih.Dilihat ke arah Idlan yang sedang menaiki kereta Range Rover merahnya.

Baru setapak Irsya mahu mendekati Idlan,tangannya dipaut seseorang membuatkan dia berpaling.

"Ha?Kau nak pergi mana?"Soal Idhan dengan muka kerek.

Irsya memandang sekilas ke arah kereta Idlan yang sedang dipanaskan enjinnya.

"Nak masuk kereta lah kenapa?"

"Kereta sapa?"

Irsya menjuihkan bibir ke arah kereta Idlan.Idhan tersenyum sinis.

"Amboi-amboi..Fikir kau sapa nak naik dengan dia?Naik kereta mewah dia?"

"Ta-Tapi dia yang ajak naik kereta dia tadi?"Jawab Irsya membela diri.Hmm!Nak naik kereta merah tu!!

"Banyak cantik muka kau.Dia nak pergi ambil tunang dia lah.Kau naik alphard ni.Gedik sangat!Kau fikir kau layak?"Kutuk Idhan kaw-kaw.Irsya mencebik.Nak naik kereta merah tu!!Tolonglah!

Irsya terdiam.Dia menunduk.Idhan pula mendengus."Dah jom masuk."

Baru sahaja Irsya mahu berkata.Suara mama menyampuk daripada tingkap kereta."Han!Sya!Cepatlah..Nanti lambat."

Cinta Tak Setaraf [ C ] Where stories live. Discover now