Bab 4

43.3K 3.1K 214
                                    

CINTA TAK SETARAF

Aku bukan cinderella,bukan juga princess.

_________________________

PINTU bilik yang tidak terkatup rapat ditolak perlahan menggunakan kaki.Dulang yang berisi semangkuk air berserta kain basah dibawa dengan berhemah.Pintu dikatup semula apabila dirinya sudah memasuki bilik itu.Dulang yang dibawa tadi diletakkan diatas meja.Punggung dilabuhkan dibirai katil.Tubuh seorang gadis yang masih 'tidur lena' ditatap dengan perasaan bercampur baur.Tambahan pula,wajah gadis itu pucat sepucatnya seperti mayat hidup.

Tangannya mendarat dibahagian lengan gadis yang masih tidak menyedarkan diri.Panas!.Demam mungkin?

Kain yang dibawa tadi dicapai lalu direndamkan dengan air yang dibawa di dalam mangkuk itu lalu diperah.Perlahan-lahan kain yang basah itu dilapkan pada anggota badan gadis itu bagi menghilangkan kepanasan suhu badan gadis itu.

Sedang asyik mengelap,gadis itu seakan tersedar dari 'lena'.Bibirnya mengukir senyuman.Dalam hatinya bersyukur kerana gadis itu sedar dari lena.Sama ada pengsan atau tidur dia tidak pasti.

"Ergghh."Gadis itu mendesah sedikit.Mungkin tidak selesa dengan keadaannya yang baru sedar.

Puan Aliya tersenyum.

"Alhamdulillah..Dah sedar"

Irsya tersentak.

*****

TUBUHNYA bersandar pada bantal yang diletakkan dikepala katil. Kudratnya terasa lemah.Fikirannya cuba mengingati apa yang berlaku malam tadi namun hampa.Satu pun tidak dapat ditafsirkan.Mungkin kerana fikirannya masih lemah.

Irsya terhenti daripada berkhayal apabila terasa tangannya disentuh lembut oleh tangan wanita yang dimamah usia itu.Dia yang terkejut perlahan-lahan menarik tangannya kembali. Takut.Mana tahu orang dihadapannya menculik dia ke?

"Jangan takut sayang.Mama tak buat apa-apa pun." Ujar Puan Aliya tenang.Wajah takut-takut gadis itu dipandang.Apa agaknya masalah yang dihadapi gadis itu hinggakan dia menjumpainya di tepi jalan raya.

Irsya tersentak."Mama?"Soalnya perlahan.

"Panggil auntie mama je ye sayang."Wanita itu tersenyum lagi.

Irsya menyandarkan kepalanya.Terasa sejuk kulit kepalanya.Matanya terbuntang apabila dia teringatkan sesuatu.Lantas kepala disentuh.

"Mana tudung saya?"Soalnya cemas.Allah..Dia tidak suka membuka auratnya pada sesiapa walaupun ianya sejenis jantina dengannya.

Dipandang sahaja wajah wanita itu yang tersenyum kecil.

"Tudung-"Kata-katanya terhenti.Hatinya tertanya-tanya mahu gelarkan gadis itu dengan panggilan apa.

"Apa nama?"Soalnya lembut.Tangan gadis itu dicapai kembali.

"Ir-Irsya"Tergagap-gagap dia menjawab.

Puan Aliya tersenyum lagi."Tudung Irsya mama basuhkan.Sebab basah lencun malam tadi.Nanti mama bagi tudung baru."

Irsya mengangguk lemah."Err..mama."Panggilnya perlahan.Terasa kekok pula.

Cinta Tak Setaraf [ C ] Where stories live. Discover now