Bab 32

35.2K 2.2K 94
                                    

CINTA TAK SETARAF

Aku bukan cinderella,bukan juga princess.

_________________________


AKU melangkah keluar dari rumah setelah bersalaman dengan mak dan abah.Harini,aku nak jumpa Hani atau lebih tepat hanging out together.Dah lama kitaorang tak keluar sama-sama semenjak dia sambung belajar di oversea.Harini,aku mahu mencipta memori manis bersama sepupu aku.

Aku melangkah menuju ke rak kasut.Sepasang kasut sarung berwarna hitam dicapai namun sebaik aku mahu membongkok untuk meletakkan kasut itu diatas lantai,mata aku tertancap pada sebuah beg.Segera aku berdiri tegak lalu mencapai beg itu.Terdapat beberapa bekas yang berisi dengan pelbagai jenis juadah.Aku tersenyum kecil.Ni mesti kawan mak bagi ni.Aku mengangkat beg itu tanpa sedari terdapat sekeping kertas yang diselitkan dibawah beg itu lalu jatuh dan tersorok di tepi rak kasut.

Aku melangkah masuk semula ke dalam bersama beg itu.Aku melangkah ke dapur dan tersenyum kecil apabila wajah mak yang sedang bersungguh-sungguh menyediakan bahan-bahan masakan.Beg makanan itu aku letakkan di atas meja dan saat itu mak berpaling menghadap aku.

"Eh Sya?Tak pergi lagi?"

Aku tersengih."Nak pergi dah tadi.Tiba-tiba ternampak makanan ni atas meja luar tu.Tu yang Sya bawak masuk tu."

Mak mendekati aku."Siapa bagi?"Dibelek-beleknya makanan tersebut.Nampak sedap.

"Tak tahulah mak.Kawan mak kot.Ke jiran-jiran."

"Okaylah mak.Sya pergi dulu.Nanti lambat pulak."Aku mula melangkah pergi namun ditahan oleh mak.

"Tak nak makan dulu ke?Banyak lauk ni?"

"Tak pe lah mak!Nanti balik Sya makan.Bye..Assalamualaikum.."

Mak tersenyum kecil."Waalaikumusalam.."

•••••

"HAHAHAHAHA..Banyaklah kau.Nanti kalau kau ada pakwe.Biar aku test dia dulu."

"Eh!Kau jangan ngada-ngada.Kang kalau kau test terus rembat!"Tegah aku sambil tergelak kecil.

Hani berdeham supaya berhenti ketawa."So,Mak kau dengan abah kau macam mana?"

"Alhamdulillah..Sihat.."Jawab aku.Tiba-tiba rasa lain macam pulak.Jam tangan dikerling.Sudah satu jam kitaorang melepak dekat taman ni.

"Babe.Aku balik dululah.Dah lama sangat kita kat sini."Aku mula bangkit turut serta Hani.

"Ouh..Ahh ye lah.Aku pun nak balik ni."

Masing-masing mula beredar menaiki kereta yang dipandu Hani.Hani menghantar aku sampai di depan rumah.Tali pinggang ku buka lalu aku menoleh memandangnya.

"Tak nak singgah?"

"Tak pe lah.Lain kali je."

"Okay.."

Aku melangkah keluar dari kereta dan melambai Hani sebaik kereta itu mula berlalu pergi.Aku berpusing lalu menuju ke halaman rumah.Saat aku mahu menanggalkan kasut,mataku terpandang pada sekeping kertas yang dilipat dua yang seakan tersorok pada rak kasut.Dahi aku berkerut.

Siapa punya ni?Takkan aku?

Surat itu dicapai lalu aku membukanya.Dengan lafaz bismillah aku mula membaca.

-Selamat menjamu selera wahai keluarga Encik Suhaimi.Dan juga selamat meninggalkan dunia ini.Aku harap sangat keluarga kau mampus!Sekali kau mampus!-

Cinta Tak Setaraf [ C ] Where stories live. Discover now