Bab 57

32.7K 1.9K 335
                                    

CINTA TAK SETARAF

Aku bukan cinderella,bukan juga princess.

_________________________

SEBAIK dirinya sudah siap berpakaian,terus sahaja dia berlari kecil menuju ke tingkat bawah. Sempat juga ditoleh sekilas jam yang terletak elok di dinding. Lagi 15 minit sebelum waktu menginjak pada pukul 8 pagi. Suaminya pasti sudah tunggu lama di bawah. Semuanya salah dia. Terlajak bangun sehingga sarapan pun lewat disediakan.

Anak tangga terakhir dipijak dengan perlahan sebaik matanya menangkap figura suaminya yang sedang berdiri membelakanginya sambil berbual di dalam talian. Matanya terlorot jatuh pula pada sebuah bagasi kecil di kaki lelaki itu. Satu perasaan aneh muncul di benak hatinya. Pelik..Nak pegi mana suaminya?

Segera dihampirinya dan terus memeluk tubuh sasa lelaki itu dari belakang. Senyuman yang dibuat-buat terukir di bibirnya untuk menutup rasa hairan yang muncul.

"Ouh okay. " Talian dimatikan. Idhan merungkaikan pelukan dan tubuhnya dipusing menghadap isterinya. Pinggang kecil isterinya dirangkul. Matanya menangkap satu senyuman manis di bibir gadis itu. Bibirnya hinggap sekilas pada dahi Irsya.

"Abang.. Nak breakfast dulu tak?"

Idhan tersenyum kecil. Terbit rasa bersalah dalam hatinya untuk memberitahu perkara sebenar. Wajah polos isterinya ditenung dalam.

" Tak sayang. Abang rasa tak sempat kot. Sayang tak marahkan? "

Irsya mengerutkan dahinya."Tak sempat? Awal lagi lah abang. Ke abang ada meeting pagi-pagi ni?" Teka Irsya. Namun hatinya mendesak supaya dia mendapat jawapan tentang persoalan mengenai bagasi tersebut.

Idhan tersenyum hambar. Anak matanya merenung dalam sepasang mata itu. Mata yang sering menjadi peneman hidupnya.

"Sya... Abang mintak maaf tak bagitahu awal-awal. Sebenarnya abang nak bagitahu malam tadi tapi Sya dah tidur tak sampai hati abang nak kacau." Ubun-ubun Irsya dikucup sekilas. Pelukannya diperketatkan lagi.

Irsya terdiam. Cuba mentafsir kata-kata lelaki itu. Apa yang hendak disampainya?

"Abang cakap apa? Sya tak fahamlah.."

"Harini abang kena flight ke pinang. Uruskan site projek dekat sana. Papa baru je bagitahu semalam."

Melopong terus mulut Irsya. Terus dirungkaikan pelukannya dan memandang wajah suaminya dengan riak wajah tidak percaya. Why so suddenly?

"Kenapa tiba-tiba je? Tak boleh ke orang lain yang pergi?"

"Abang pergi kerja sayang. Tak lama."

"How long?"

"One weeks."

What! Ni kata tak lama? Gila ke apa nak tinggalkan dia sorang-sorang? Irsya seakan mahu menangis. Nafasnya bagaikan tersekat-sekat.

"Tak. Sya tak izinkan."

Idhan tersentak."Kenapa ni? Abang pergi kerja je lah. Bukannya pergi kahwin lain.."Idhan cuba menceriakan keadaan namun tidak mampu apabila isterinya sudah mengalirkan air mata. Alahai..Cengengnya.

Cinta Tak Setaraf [ C ] Where stories live. Discover now