Bab 65

73.7K 2.5K 931
                                    

CINTA TAK SETARAF

Aku bukan cinderella,bukan juga princess.

_________________________

"Argh!"

Irsya mengerekot tubuh diatas katil dengan kerutan didahi. Rasa sakit dibahagian kakinya membuatkan rahang diketap rapat. Ketukan di pintu biliknya membuatkan Irsya melepaskan nafas lega. Seakan mengerti bahawa dia teramat memerlukan lelaki itu sekarang ini.

"Bukaklah pintu ni! Kau buat apa kat dalam?"

Irsya menarik nafas menahan sakit. Terasa berbahang tubir mata menunjukkan sakitnya benar-benar tak tertahan. Sebelah tangannya melekap di perut,manakala sebelah tangan lagi menyentuh pehanya. Tercungap nafasnya seraya cuba bersandar di kepala katil.

"Abang!"

Pintu yang dikuak besar itu dipandang penuh harapan. Terpancar riak kerisauan dan cemas melalui raut wajah lelaki itu. Irsya menggigit bibir menahan sakit. Cadar tilam dicengkam kuat.

"Abang!"

"Kau kenapa ni? Dah nak bersalin ke?" Sepantas kilat Idhan melabuhkan punggung disebelah gadis itu. Kerutan diwajah Irsya membuatkan Idhan dipagut kerisauan. Tangan Irsya digenggam erat.

Lengan Idhan dicengkam."Abang-Kaki Sya.."

"Kenapa dengan kaki kau?!"

Irsya gigit bibir."Kaki Sya..Kebas." Air mata semakin deras mengalir. Kakinya langsung tidak boleh bergerak malah semakin mencucuk-cucuk sakitnya.

Idhan menghela nafas lega. Buat takut dia je. Rempuh masuk bilik isterinya macam orang gila. Last-last cuba kekejangan kaki?"Kalau tangan aku naik melayang dekat pipi kau tahulah.. Sengaja buat aku panik."

Ujar Idhan dengan geram. Dia mendaki naik ke atas katil lalu kedua kaki Irsya diangkat dan diletakkan diatas riba. Pandangan tak puas hati dilemparkan buat gadis itu yang masih tercebik-cebik kesakitan. Kepala digeleng kecil. Lantas kepala gadis itu ditarik rapat ke dada lalu perlahan tangannya mengurut peha dan betis isterinya. Sesekali gadis itu meringis kesakitan membuatkan urutannya menjadi sebagai picitan biasa. Sesekali ditumbuk-tumbuk kecil meredakan kekebasan yang melanda isterinya.

"Sakit lagi?"

Irsya mengangguk kecil. Tubuh Idhan dipeluk erat sambil wajahnya disembamkan didada lelaki itu. Nafas lega terkeluar dari mulutnya setelah kesakitan dikakinya mulai reda.

"Dah? Kebas lagi tak?" Soalnya tenang lalu sebelah tangan memaut bahu Irsya yang memeluk tubuhnya. Ubun-ubun Irsya dikucup syahdu.

"Terima kasih abang." Ucap Irsya perlahan. Idhan cuba melepaskan pelukan namun tubuhnya dipeluk erat bagai tidak mahu lepas. Keluhan kecil meniti dibibirnya.

"Irsya..Dah bangun. Siap cepat aku nak hantar kau pergi rumah mama." Dicuba lagi merungkaikan pelukan namun tidak berjaya. Lama-kelamaan tubuh Idhan terkebelakang sehingga terbaring. Irsya tersenyum kecil.

"Eeh!"

Idhan yang tersedar dirinya bakal rebah kebelakang pantas mengemaskan pelukan dibelakang tubuh gadis itu seraya sebelah tangan lagi melekap diperut isterinya yang kian membesar. Risau dibuatnya. Takut terhempap babynya. Irsya ni kalau nak bermanja segala dia lupa.

Cinta Tak Setaraf [ C ] Where stories live. Discover now