Bab 42

35.2K 1.8K 154
                                    

Cinta memerlukan pengorbanan.
Pengorbanan memerlukan keikhlasan.
Keikhlasan memerlukan keyakinan.
Keyakinan......
Memerlukan kesetiaan.

*_*_*_*

CINTA TAK SETARAF

Aku bukan cinderella,bukan juga princess.

_________________________

ISKANDAR yang sedang fokus membaca sebuah buku terus hilang fokusnya.Bunyi kaca pecah di dapur menyentakkan hatinya.Buku tersebut diletakkan di atas meja lalu pantas dia bangkit menuju ke dapur.Dilihat Hani sedang mencangkung mengutip serpihan-serpihan kaca yang pecah tadi.Segera dia mendapatkan isterinya itu dengan riak kerisauan.

"Hani.Awak buat apa ni?"Tubuh isterinya dipegang lalu disuruhnya berdiri.Hani menurut.Serba salah terpamer di wajahnya.

"Abang..Hani mintak maaf.Dah tiga kali pinggan pecah."

Iskandar mengeluh kecil lalu membawa isterinya ke dalam pelukan bagi menenangkannya. Kepala isterinya diusap kasih.

"Harga pinggan ni tak de nilai pun.Hani ada cedera ke?"

Hani menggeleng.Kepalanya yang disandarkan pada bahu suaminya diangkat.Memandang kedua-dua anak mata suami yang dicintainya.

"Sayang ni kenapa?Ada yang tak kena ke?Kenapa hari ni lain macam?"Soal Iskandar lembut.Tangannya merangkul pinggang kecil gadis itu.

Keluhan kecil terbit di bibir Hani."Entahlah abang.Hani rasa hari ni macam lain macam.Hani rasa tak sedap hatilah.Dari pagi Hani rasa.Hani tak tahulah kenapa."Ujar Hani sayu.

Iskandar mengucup ubun-ubun gadis itu dengan perasaan kasih yang tak bertepi.Cuba memberi keyakinan pada isterinya itu.Kedua-dua tangan naik memegang kedua-dua pipi Hani.

"Tak de apalah tu.Perasaan Hani je.Hani penat sangat kot hari ni.Dahlah.Pergi naik atas.Berehat.Biar abang kemas semua ni."

Hani mengangguk perlahan."Terima kasih abang."Ujarnya sayu lalu berlalu pergi.

Iskandar pula mengambil batang penyapu serta penyodok lalu mula membersihkan serpihan kaca yang berderai di atas lantai.

•••••

HANI melabuhkan punggung dibirai katil.Tak semena-mena keluhan berat meniti di bibir mungilnya.Pandangannya dihala pada cermin yang berada pada loker baju dalam bilik mereka berdua.

Irsya!

Ye,semenjak selepas daripada Irsya pulang pada hari pernikahannya minggu lepas.Mereka tidak lagi berhubung.Dan..Kata hatinya kuat mengatakan bahawa.Gadis itu yang dia risaukan.Gadis itu seakan dilanda keburukan..

"Handphone!"

Hani mencari handphonenya lalu matanya terhenti pada satu plug yang menempatkan handphonenya di charge.Segera ditutup suis lalu ditelefon gadis itu.

Tak dapat!

Dicuba lagi.

Tetap sama!

Cinta Tak Setaraf [ C ] Where stories live. Discover now