Bab 33

35.4K 2.1K 98
                                    

CINTA TAK SETARAF

Aku bukan cinderella,bukan juga princess.

_________________________

Dua Minggu Kemudian,

SETELAH selesai mengemas makan malam,Irsya menuju ke arah ruang tamu dimana keluarganya semua sedang berkumpul seperti biasa.Irsya duduk bersila di atas karpet disebabkan oleh dah ramai duduk atas sofa.Tiba-tiba Adrian melabuhkan punggung disebelahnya.Turut sama bersila.Irsya tersentak namun dihiraukan.Jujur dia katakan,semenjak daripada hari yang dia keluar ambil angin dengan Adrian beberapa minggu lepas.Adrian asyik berkepit dengannya.Bila di tanya.Tiada apa.Bila didesak jawapan 'saja.'yang keluar.Jadi dibiarkan.Jangan ada feels sudahlah.

Puan Aliya memandang ke arah Irsya yang sedang duduk bersila dengan asyik menonton drama yang sedang ditayangkan.

"Sya..Dah kemas baju?"

Irsya menoleh memandang Puan Aliya."Kemas baju?Nak pergi mana?"Takkan nak halau aku keluar kot?

"Sya tak ingat eh?"Sampuk Idlan.

Irsya mengerutkan dahinya."Ingat apa?"

"Besok kan kita nak balik Terengganu.Lupa eh?"Ujar Puan Aliya sambil tersenyum kecil.Statik Irsya menepuk dahinya.

"Ya Allah ma.Sya lupa.Hmm..Nantilah Sya kemas.Tapi bila geraknya?"

"Besok petang."Jawab Encik Ilham.Irsya menarik nafas lega.

"Syukur.Besok,Hani menikah mama,papa.Dia dah jemput.Boleh Sya pergi?"Pinta Irsya lembut.

"Hani?Sepupu Sya tu?Dah nak nikah dah?"

Irsya mengangguk.

"Besok mama nak temanlah.Mama teringin nak jumpa dia.Boleh ye Sya?"

Irsya tersenyum manis."Boleh je."

•••••

12:30 tengah hari.

PUNGUNG didaratkan di kerusi kecil berhadapan dengan Hani yang sungguh cantik dengan busana dress putih yang dihiasi manik-manik biru.Mata Irsya teralih sekilas pada sebuah lagi baju dress labuh berwarna coklat yang digantung pada belakang pintu lalu Irsya kembali memandang Hani.

"Babe.."

Hani tersenyum kecil."Hmm?"

"Kau cantik sangat babe.Aku tak sangka babe."Jujur Irsya walaupun hatinya masih sakit.

"Janganlah puji.Malu aku."

Irsya tersenyum kecil.Baru sahaja dia mahu membuka mulut.Suara Mak Long Iza menyapa dari balik pintu yang terkuak sedikit.

"Dah ke?Pak Imam dah tunggu."

Hani dan Irsya tersenyum kecil lalu perlahan-lahan mereka melangkah keluar dari bilik itu.

•••••

"AKU terima nikahnya,Nur Irhani Syaqistina Binti Hasyim dengan mas kahwinnya RM 900. 90."

Kedua-dua tangan dihenjut tanda selesai.Saat itu,air mata Hani tumpah mengalir di pipi.Air mata kegembiraan.Dan Irsya?Selagi dia kuat dia bertahan.

Sebaik solat sunat syukur ditunaikan,Iskandar menapak mendekati isterinya yang sudah sah menjadi miliknya.Sempat dia berpaling sekilas ke arah Irsya namun gadis itu melontarkan pandangan ke tempat lain malah berganjak dua tiga langkah ke belakang bersama ibu angkatnya.

Mata Irsya memerhati saat sang suami dan isteri melakukan pembatalan air sembahyang.Saat itu,tembok kekuatan yang menjadi benteng dirinya bertabah mula runtuh.Lebih-lebih lagi apabila lelaki itu mendaratkan bibirnya pada dahi suci Hani.Irsya memejamkan matanya sambil menahan rasa.

Cinta Tak Setaraf [ C ] Where stories live. Discover now