Kau hadir membawa sesuatu.
Sesuatu yang tidak pasti buat diriku.
Namun apa yang pasti,
sebahagian daripada dalam dirimu,
Telah bercantum di dalam diriku.
Dan ianya adalah..Hati...
*_*_*_*
CINTA TAK SETARAF
Aku bukan cinderella,bukan juga princess.
_________________________
TIUPAN angin bayu pantai sungguh menenangkan jiwa.Kocakan air berserta deruan ombak menjadi peneman jiwanya yang berkocak hebat Celaru.Air jernih semula jadi menyedarkan dirinya bahawa hidupnya hanya pinjaman sementara buat dirinya di dunia ini.
Dia seharusnya bersyukur,bersyukur kerana memiliki segalanya.Namun tidak sedikit pun dihargainya. Khilaf sungguh dirinya tika ini.
Kedua-dua tangan naik memeluk tubuh.Angin sejuk menampar lembut kulit tubuhnya bagaikan melepaskan apa yang dipendam. Semenjak kisah hitam itu berlaku,dirinya tak pernah mengecapi ketenangan seperti ini. Hidupnya sentiasa dibelenggu tekanan emosi dan perasaan.Sentiasa beremosi yang teruk. Had kesabaran yang tipis. Senyuman yang langsung tiada keikhlasan. Seakan hilang seratus peratus diri dia yang sebenar.
Sungguh,dia rasa tenang tika ini.Senyuman nipis terukir di bibirnya.Mata dipejam rapat cuba menghayati situasi yang mungkin tidak akan berlaku lagi.
"Bahagianya.."
Kelopak mata tercelik sekaligus tubuhnya terpaling pada suara kasar itu.Tangannya naik menggaru kepalanya yang tidak gatal.Senyuman malu terukir di bibirnya.
"Eh Ad..Bila sampai?"
Adrian meraup rambutnya kebelakang.Angin pantai yang menampar lembut tubuhnya memaparkan susuk tubuh sasa lelaki itu.
"Subuh tadi.Tok Wan cakap abang dekat hospital.Tu yang teman Tok Wan jap."
Idhan melemparkan pemandangan pada pantai yang indah di hadapannya.Sering kali kakinya serasa sejuk apabila disimbahi ombak pantai.
"Ouh.."
"Mama dengan papa sihat?"
"Sihat alhamdulillah.Kak Sya bila keluar?Dah seminggu kan abang jaga dia?"
Ye,Irsya ditahan wad selama seminggu di hospital oleh kerana masalah trauma yang teruk.Dan selama seminggu itulah Idhan ulang alik dari rumah Tok Wan ke hospital.Semua ahli keluarganya sudah pulang ke KL.Atas urusan kerja yang sudah seminggu bertangguh.Dan dia telah diamanahkan supaya menjaga Irsya di hospital dan membawanya pulang ke KL setelah gadis itu dibenarkan keluar.
Namun syukur,Irsya sudah sembuh walaupun tidak sepenuhnya setelah diberi rawatan psycology and mental. Cuma gadis itu takut akan gelapan dan mungkin traumanya akan kembali menghantui.
"Aah.Dah boleh discharge dah dia."
"Ye?Tak sia-sia Ad datang sini."
Idhan mencebik.
Satu tin minuman berkarbonat dihulurkan pada Idhan.Idhan menyambut lalu membuka pin air tin tersebut dan meneguk sedikit.
YOU ARE READING
Cinta Tak Setaraf [ C ]
General FictionRomance | General Fiction | Action You know the little ones that you are cubs. Do not dream about what I feel. You are a woman without any honor. I have a heart to overwhelm my family's affection. please mirror yourself first.-Idhan. Kau bukan tuhan...