Bab 9

37.1K 2.5K 62
                                    

CINTA TAK SETARAF.

Aku bukan cinderella,bukan juga princess.
_______________________________

SORAKAN kegembiraan kedengaran riuh sekali.Bergema suara mereka bersorak di gelanggang itu.Ada yang melompat-lompat.Ada yang bertepuk-tampar.Jelas kegembiraan yang dirasai kerana kemenangan milik mereka.Setelah dua tahun menanti akhirnya mereka ke final.

Taufiq menghulurkan seorang sebotol air mineral.Segera mereka menyambut dan meneguk dengan lega.Ah!Penat!

"So,bila kita flight?"Soal Pijol gembira.

"Next month."Jawab Idhan.Riak wajah biasa terpamer.Entah mengapa wajah kegembiraan tidak mahu ditonjolkan.

"Berapa lama kita pergi?"Giliran Ikmal pula bersuara.

" Seminggu dua je..Tak sempat nak holiday.."Samput Faqhrul.Nada suaranya seakan sayu.

Idhan hanya mendiamkan diri.Jelas dia betapa gembira namun seakan-akan ada benda yang membuatkannya tidak keruan.Punggung dibangkitkan.

Beg sandangnya dicapai.

"Geng..Aku chaw dululah.Dah nak maghrib."Tangannya satu-persatu ligat bersalam dengan rakan-rakannya.

Yang lain hanya mengangguk tanda mengerti dengan masing-masing wajah kepenatan.

•••••

"HAI Hani!"

Hani berpaling ke belakang apabila namanya dipanggil.Senyuman kecil terpamer.

"Eh..Joe! What are you doing here?"Soal Hani sambil membetulkan beg sandangnya.

Joeshry,lelaki yang berasal dari Turkey tersenyum manis ke arah Hani sambil berjalan mendekatinya.

"I thought i want to back home but bila i ternampak Hani i decide nak ajak Hani outing..Are you busy?"Soalnya dengan bahasa 'rojak'.Joeshry atau dikenali sebagai Joe sudah lama berniat mahu belajar bahasa melayu.Katanya mahu mencari pengalaman.

"Ouh..Hmm..Takdelah..Hani dah habis class.Joe nak ajak Hani outing dekat mana?"Soal Hani sambil meliarkan mata disekeliling.

Joe menyimpul senyuman gembira."Hmm..Hani dah makan belum.If not,let's go eat at somewhere special?"Ajaknya.

Hani berfikir sejenak. "Hmm..Okay..Lagipun,Hani tak makan lagi dari breakfast tadi.So-"

"Hai Hani!"

Joe dan Hani terkejut apabila disergah oleh seorang lelaki yang tinggi lampai.Hani membuat riak wajah menyampah.Apa mamat omputih klon buat kat sini?

Senyuman plastik terukir dibibirnya. "Hai Is.."Sahut Hani.Dipandang wajah Joe yang agak kekeliruan sedikit.

"Joe!Let's go..Hani laparlah.."Ajak Hani sambil menarik lengan Joe yang berlapik.Joe seakan terkedu nam diikutkan jua.Iskandar pula yang pelik.Cepat-cepat dia menghalang laluan mereka berdua.

"You guys nak pergi mana?"

Hani mencebik.Sibuk je lah mamat karat ni."Pergi makan!Bye!"Hani terus membuka langkah.

"Nak ikut!"

•••••

"KEMBALIKAN sifat sebenar abang Han yang dulu..Demi kami"

Kata-kata Adrian petang tadi masih terngiang-ngiang difikirannya.Ye!Dia buntu!Walau macam mana sekali pun dia harus bantu Adrian!Namun mampukah dia?

Melenturkan sekeping hati batu yang terbina sejak beberapa tahun lepas?Bukan mudah!Kalau dia jadi mangsa lelaki itu macam mana?Sudah jelas yang Idhan memang tak suka akannya. Mampukah dia?Huh...

Irsya bangkit dari katil.Dia menuju ke almari pakaian di dalam bilik itu.Syukur alhamdulillah..Selama dua minggu dia menginap di rumah 'barunya'.Semuanya telah dilengkapi dengan secukupnya. Itupun Puan Aliya mahu mengajaknya untuk membeli-belah.

Niatnya untuk membuka almari terbantut apabila matanya terhenti pada sebuah rak buku yang agak kecil.Segera dia menapak.Kelihatan ada beberapa buah buku novel.Terus bersinar matanya.

'Ah!!Banyaknya novel!'

Irsya tersenyum gembira.Dicapai satu persatu novel yang tebal itu.Dibelek tajuk dan sinopsis novel-novel yang menarik di matanya.Dapat!Sebuah buku novel diletakkan di tepi manakala yang lain disimpan seperti tadi.

Katil didaki semula bersama novel tersebut.Dia baring menelentang lalu sebuah bantal diletakkan diatas dadanya.Buku tersebut diangkat lalu dibaca dengan kedudukan buku tersebut di atas bantal itu.

Faham kan?

'Cinta Semanis Red Velvet?'

"Hmm..Macam best.."Irsya membaca sinopsis novel tersebut.Setelah habis,helaian pertama dibuka dan dibaca.Helaian demi helaian dibaca sementara menunggu azan Isyak berkumandang. Namun,tanpa dia sedar.dia terlelap dalam keadaan novel tersebut menutup permukaan wajahnya.

Lena..

•••••

SATU-persatu anak tangga didaki hingga ke puncaknya.Idhan mengorak langkah menuju ke biliknya. Disebabkan jalan sesak tadi terpaksalah dia menunaikan solat maghrib di masjid dan kerana lapar,dia singgah di kedai makan bagi mengisi perutnya yang kosong.Baru sahaja mahu memulas tombol pintu,matanya menangkap ke arah sebuah bilik yang agak dia benci yang berada di hujung sudut rumahnya. Segera dia menapak mendekati mahu melihat apa 'anak pungutan'itu sedang buat.Tombol pintu dipegang.Baru sahaja dia mahu memulas suara seseorang kedengaran.

"Kau buat apa tu Han?"

Idhan terkejut.Segera dia menoleh memandang empunya suara.Dia resah!Aduh!

"Err..Han nak jumpa Irsya jap.Sebab tadi tak nampak dia dekat bawah.Tapi takpelah.Han masuk bilik dulu."Idhan terus berlari anak memasuki biliknya.Wajah Idlan langsung tidak dipandang.

Idlan tersenyum kecil.Apa-apa jelah..

____________________________________

Hai²😊..Untuk bab kali ni pendek je..Sebab saya kehilangan idea.Huhu..

Keep reading,keep voting,keep commenting,and keep supporting.!

S O R R Y

Baru saya perasan bab 9 belum publish.Mesti larikan citernya?Mari sama-sama kita kejar..

Ahaha😂😂

Cinta Tak Setaraf [ C ] Where stories live. Discover now