Bab 59

33.9K 1.8K 20
                                    

CINTA TAK SETARAF

Aku bukan cinderella,bukan juga princess.

_________________________


PINTU bilik dikatup semula. Hujung birai katil didapatinya dan diduduknya dengan selesa.Tudung yang masih tersarung ditanggalkan dan disidaikan di kepala katil. Senyuman nipis terukir di bibirnya. Anak mata meliar memerhati setiap ceruk sudut yang ada dalam bilik itu. Bilik yang pernah dinginapinya suatu tika dahulu. Rindu bilik ni.

Jam di dinding dipandang. Sudah menginjak pukul tiga petang. Rasanya kalau dia rehat sekejap mampu ke dia bangun dalam pukul 4:30 nanti?

Ikatan rambutnya dileraikan dan kembali diikat semula dengan gaya ponytail. Badannya dibawa ke atas katil dan disandar dengan selesa. Pening kepalanya masih lagi terasa dan ia semakin lama semakin kuat. Tubuhnya dibaringkan selesa. Lebih baik dia berehat seketika daripada berlaku kejadian tak diingini. Dan mungkin dia bangun nanti pening kepalanya akan hilang.

Kelopak mata dipejam rapat. Tak sampai beberapa minit, dirinya sudah selamat dibuai mimpi.

•••••

"Mak Kina.."

"Ye Puan?"

"Ada nampak Irsya? "

Mak Kina mengerutkan dahi.

"Irsya tak bagitahu Puan ke?"

Puan Aliya hairan." Bagitahu apa?" Terbuntang terus mata Puan Aliya. "Kenapa? Sya dah balik ke? Alah.. Kenapa Mak Kina tak panggil saya." Ujar Puan Aliya sedikit sayu. Takkan dah balik? Eii menyesalnya lah dia tidur tadi.

Mak Kina menjadi panik apabila Puan Aliya seakan-akan kecewa . Pisau ditangannya diletakkan di atas papan pemotong.

"Err-Bukan macam tu Puan..Irsya belum balik lagi lah."

Bersinar terus mata Puan Aliya. Tubuh Mak Kina dirapati. "Habis mana dia?"

"Ada dekat atas. Dalam bilik dia mungkin. Mungkin dia tengah berehat kot sebab tadi dia kata dia pening kepala. Muka pun pucat je. "

"Ouh..Hmm..Tak apa biar saya pergi tengok. Mak Kina masak untuk dinner ye?"

"Ye puan. "

"Okay saya naik atas dulu."

Puan Aliya menapak laju mendaki anak tangga menuju ke bilik gadis itu.Tubuhnya melolos masuk ke dalam bilik sederhana besar. Matanya terus menangkap figura manusia sedang lena beradu. Segera dirapati dan punggung dilabuhkan disisi.

"Irsya..." Bahu gadis itu digoncang perlahan.

Irsya tersedar apabila terasa ada seseorang mengejutkannya. Terkejut dia apabila Puan Aliya menyapa pandangannya. Senyuman di wajah tua itu sedikit sebanyak mengubati luka yang dirasakan dalam di hatinya. Tubuhnya dinaikkan sedikit dan disandarkan pada kepala katil. Saat dia mahu bersandar tangannya naik melekap pada perutnya apabila terasa sedikit sebu . Berkerut dahinya dan nafas ditarik supaya bertenang. Baru sebulan kandungannya rasa macam dan nak bersalin!

Tindakan gadis itu memberi tanda tanya pada wanita yang berada dihadapannya. Ekor matanya melihat setiap pergerakan gadis itu dan kembali pada tangan yang melekap pada perutnya. Kini dia baru perasan bahawa ada sedikit perubahan pada tubuh terutama perut gadis itu. Namun cuba ditepis jauh. Takut tersalah tafsiran hati anaknya bakal terguris.

"Kenapa ma?" Wajah Puan Aliya dipandang dengan sisa ngantuk masih ada. Mulut yang menguap ditutup.

Puan Aliya tersenyum halus.Tangannya naik menyebak ke belakang rambut gadis itu dan tangannya terus menggenggam tangan Irsya.

Cinta Tak Setaraf [ C ] Where stories live. Discover now