Bab 45

38K 2.1K 183
                                    

Andai diberikan aku satu peluang,
Mampukah aku untuk laksanakan dengan sempurna?
Mampukah aku?

*_*_*_*

CINTA TAK SETARAF

Aku bukan cinderella,bukan juga princess.

_________________________

PINTU bilik dikuak perlahan dan menghasilkan satu bunyi sehingga menyedarkan si dia yang sedang terlena sebentar tadi.Dengan samar-samar dilihat sekujur tubuh berpakaian serba hitam dan bertopi putih menghampirinya.Dapat dilihat hanya sebuah senyuman yang tersirat terukir di bibirnya.Perlahan-lahan menapak menghampiri si dia yang masih keliru dengan gerangan itu.

"Irsya...Luqman datang ni."

Saat nama itu disebut.Dirinya menggigil ketakutan.Dipandang penuh trauma lelaki itu yang semakin menghampirinya.Dia cuba untuk melarikan diri namun dirinya seakan dikunci pada katil yang menjadi tempat dirinya beradu.

"Jangann!!"

"Irsya...Luqman datang ni."

Semakin dekat dia menghampiri,semakin kuat dirinya menggigil ketakutan.Air mata mengalir dengan deras.Jantung berdetak laju.Nafas seakan tidak teratur.

"Pergi!Pergi!"

Lelaki itu melunjurkan tangan ke hadapan menuju tepat kelehernya.

"Kau patut mati!!"

Leher dicengkam kuat sehingga membuatkan Dia tidak mampu bernafas.

"Matiii!!!"

"Arghh!"

Irsya terjaga daripada satu mimpi buruk,berpeluh-peluh tubuhnya.Badannya menggigil hebat.Air mata mengalir deras.

Pantas Irsya bangkit dan duduk memeluk lutut di atas katil.Air mata tak henti-henti mengalir.Matanya meliar ke sekeliling ruang bilik itu.

Bilik yang kosong.Dia tahu bahawa dia berada di hospital sekarang ini.Dirinya keseorangan di dalam sebuah bilik yang samar-samar diterangi cahaya lampu di luar bangunan.Kedua-dua lututnya dirapatkan lagi pada dada.Ketakutan menguasai segalanya.Bibirnya digigit kuat.

Matanya tak lekang daripada memandang pintu wad.Menanti dengan debar gerangan yang akan masuk ke dalam wad ini.Dan jika dia yang masuk,cara apa yang harus dilakukan?

Klik!

Mata Irsya tepat memandang ke arah pintu apabila terdengar seakan pintu dibuka dari luar.Serta merta tubuhnya menggigil hebat.Jantungnya berdegup laju tatkala ruang pintu yang dibuka semakin lama semakin besar.

Irsya memejamkan mata lalu menyembamkan muka pada lutut.Tak sanggup.Dia tidak berani untuk melihat gerangan yang bakal memasuki bilik ini.Bawah bibirnya digigit semakin kuat dan air mata mengalir semakin deras.Esakan tangis yang sunyi semakin kuat.

Satu,

Dua,

"Ya Allah Irsya!"

Cinta Tak Setaraf [ C ] Where stories live. Discover now