Bab 64

54.4K 2.3K 795
                                    

CINTA TAK SETARAF

Aku bukan cinderella,bukan juga princess.

_________________________


SIKAT yang berwarna hitam itu dicapai. Rambutnya yang diikat sanggul itu dileraikan dan disisir rapi hingga ke penghujungnya. Senyuman halus diukir pada bibirnya. Pandangannya dihala pada biasan cermin yang memantulkan dirinya yang kini sarat mengandung. Perubahan pada dirinya jelas kelihatan. Sikat tersebut diletakkan kembali ke tempat asalnya. Getah rambut bercorak bunga dicapai dan mula mengikat kemas rambutnya menjadi sanggul santai.

Beberapa bulan sudah berlalu. Masa berlalu pantas. Hari berganti hari. Bulan berganti bulan. Akhirnya kandungannya sudah pun mencecah 8 bulan. Perutnya kini sudah jelas membesar. Dia mampu tersenyum hingga kini. Walaupun suaminya tetap sama seperti dahulu. Pergaduhan yang tercetus dibawa hingga ke hari ini. Sehingga kini mereka tidur berasingan.Bilik lain-lain. Dan sehingga sekarang mereka masih tidak berbaik walaupun dia sudah sehabis mungkin untuk memperbaikinya. Namun ego lelaki itu terlebih dahulu menguasai. Ego lelaki itu mengambil alih segalanya. Sehingga kini, tiada perubahan. Kehidupannya yang kini berbadan dua, hanya diuruskan sendiri. Larat atau tak larat itu biar dia tanggung. Janji dia tidak mahu lelaki itu terus membencinya.

Pernah suatu hari Idhan bertanyakan tentang soalan maut padanya. Dia takut. Dia risau. Dia tidak mahu berpisah dengan lelaki itu. Biarlah dia kena tengking ke, kena maki ke janji lelaki itu ada di hadapannya. Dia tak sanggup untuk kehilangannya.

Irsya bangkit dari kerusi. Buku nota poket berwarna coklat yang terletak di bawah tilamnya ditarik keluar dan dibawa ke meja belajar. Punggung dilabuhkan di situ dan seperti biasa, pen berdakwat hitam basah itu dibuka tutupnya dan pen berwarna hitam basah itu menari-nari di atas kertas.

Menulis sesuatu yang sudah lama dia mahu membuatnya namun entah mengapa hari ni baru dia betul-betul mahu menulis apa yang tersirat di hatinya. Dikala tangannya laju menulis, di saat itu air mata mengalir di pipi. Bukan tangisan sedih. Atau hiba. Tetapi tangisan ketenangan apabila setiap yang muncul di kotak pemikirannya dicatat di atas kertas tersebut. Entah mengapa semenjak kebelakangan ini dia rasakan bakal ada sesuatu yang akan berlaku.

Apakah itu? Dia tidak pasti. Sungguh dirinya seakan tenang semenjak kebelakangan ini. Walaupun dimarahi, ditengking, dimaki namun dia masih tenang. Gila bukan?

Wajahnya diangkat merenung setiap gambar yang dipolaroidkan mereka yang ditampal pada dinding. Sudah menjadi satu tabiatnya apabila dia merindukan lelaki itu. Pen yang berada di tangannya dilepaskan dan tangannya naik mencapai sekeping gambar dan ditanggalkan. Gambar itu merupakan salah satu gambar kegemarannya. Gambar itu seakan paling bererti sekali.

Tok! Tok! Tok!

Irsya tersentak dan statik kepalanya tertoleh pada pintu biliknya apabila diketuk dari arah luar. Terbuntang luas matanya apabila suara Idhan menyapa halwa telinganya. Kelam kabut dia membuka laci yang kedua di sisi kanannya dan gambar itu diselitkan di dalam buku diari pada helaian yang baru ditulisnya dan ditutup. Terus dimasukkan ke dalam laci itu bersama pen berdakwat hitam basah dan laci tersebut ditutup kasar.

Terkocoh-kocoh dia berlari ke arah pintu dengan sukar. Tombol besi dipulas dan ditarik pintu tersebut. Terpacul wajah yang sentiasa menjadi tatapannya hari ini.

"Apasal lambat sangat bukak pintu? Kau bertapa ke apa?"

Irsya menghadiahkan senyuman halus." Maaf sebab lambat bukak pintu. Kenapa abang?"

" Packing barang-barang kau untuk seminggu."

Terkejut Irsya apabila lelaki itu mengarahkannya seperti itu. Kemas baju nak hantar dia pergi mana? Takkan nak tinggalkan dia?

Cinta Tak Setaraf [ C ] Where stories live. Discover now