Bab 30

38.6K 2K 158
                                    

CINTA TAK SETARAF

Aku bukan cinderella,bukan juga princess.

_________________________

Dua Hari Kemudian,

KAKI menapak turun dari tangga menuju ke tingkat bawah.Irsya tersenyum nipis.Syukur alhamdulillah demamnya sudah baik hanya pening-pening sikit.Mama pun dah baik dari demam.Tak sangka firasat si ibu terhadap anaknya sangat kuat.Betullah orang kata.Pergi jauh sekalipun anak tetap pulang ke pangkuan ibu.Betul tak?

Sebaik anak tangga terakhir dipijak,mata Irsya meliar ke sekeliling rumah mencari sesiapa yang ada.Kosong.Oh lupa.Hari bekerja kan?Mama dengan cafe nya.Papa dengan Idlan dekat pejabat.Adrian pergi class pagi dan Idhan?

Entahlah.Rasa terkilan bila sebut nama dia sejak peristiwa kelmarin.Lupakan.And now kita happy ea?😂

Ruang makan didekati.Terdapat hidangan yang tersusun dan tertutup kemas di atas meja.Mungkin sarapan?Irsya membiarkan seketika.Dia menapak ke ruang dapur basah mencari kelibat Mak Kina.Kosong.

Aik?Mana pergi semua orang?

Saat Irsya mahu berpaling,matanya terhenti pada satu helaian nota yang ditampal pada peti sejuk.Segera Irsya mendekati lalu dibaca satu-persatu.

Mak Kina:-

-Mak Kina terpaksa cuti hari ni.Ada hal kecemasan.Mak Kina dah sediakan sarapan.Nanti Sya ajak Idhan makan sekali ye.

-Lagi satu,barang-barang dapur dah banyak habis.Mak Kina nak minta tolong Sya.Ajak Idhan pergi beli barang dapur.Duit ada dekat atas peti tu mama Sya bagi tadi.Tolong ye.

Irsya berfikir sejenak.Bagus jugak kalau sekali sekala keluar rumah.Asyik terperap dia pun naik bosan.

Irsya menjengket sedikit meraba-raba atas peti ais itu.Terasa sesuatu segera Irsya capai.Terdapat 5 keping not RM100.

"Banyaknya.."Irsya menyimpan duit itu ke dalam poket seluarnya.Dia mahu bersarapan dahulu sebelum mengajak Idhan keluar membeli barang dapur.

•••••

IRSYA menapak masuk ke dalam bilik Idhan.Rasa was-was untuk dia masuk namun disebabkan sudah 2-3 kali mengetuk pintu, macam woody woodpecker mematuk batang pokok dah dibuatnya.Namun tetap tiada sahutan.Akhirnya dia masuk juga.Kalau kena maki lantaklah, orang dah ketuk siap bagi salam siap nak roboh dia buat tak tahu.Konon pintu keballah.Kalis bunyi lah.Kalau pekak tu cakap je lah pekak.

Woi Sya.Kau ngumpat dia ke?

Ahahaha.Astaghfirullah al azim.

Irsya menggeleng lalu tergelak kecil.Matanya terarah pada susuk tubuh yang sedang tidur lena di atas katil dengan selimut masih melekap pada tubuhnya.

Ish,ish ish..Tak reti nak bangun ke?Dah tengahari.

Mata Irsya terarah pula pada sebakul baju kotor yang terletak di penjuru dinding bersebelahan bilik air.Sorry,correction.Rasa macam bukan sebakul.Tapi Se lori!.Aduyai!Bujang apa pengotor sangat ni!Ni baju stok seminggu ke sebulan?Masyaallah.

Sabar Sya..Sabar.

Irsya menapak menuju ke jendela bilik itu.Langsir diikat lalu tingkap kaca dibuka sedikit bagi udara luar masuk.Dia menapak mendekati Idhan yang masih tidur.Tubuhnya digerakkan sedikit.

"Han..Bangun.Dah tengahari."

Senyap.

Irsya menarik selimut Idhan."Idhan bangunlah.Dah tengahari."

Cinta Tak Setaraf [ C ] Where stories live. Discover now