Bab 31

34.9K 2.1K 350
                                    

CINTA TAK SETARAF

Aku bukan cinderella,bukan juga princess.

_________________________


PANG!

Irsya jatuh tersungkur di tepi sofa.Tangannya naik memegang pipinya yang baru sahaja mendapat tamparan yang amat menyakitkan.Air mata yang bergenang cuba ditahan daripada mengalir.Idhan memandang Irsya tajam seakan mahu membunuh.Tangan kanannya dari tadi tak dialihkan dari dadanya.Sakit yang dia rasakan.

"AKU DAH CUKUP BERSABAR DENGAN KAU!"

"ASAL KAU DEGIL NAK MAMPUS AH!!"

Irsya terdiam ketakutan.Buat pertama kalinya dia dimarahi sebegini.Baru hari ni lelaki itu menunjukkan belangnya.Irsya pula tak henti-henti menangis.

Ya Allah.Dugaan apakah ini.

"BODOH PUNYA PEREMPUAN!Kau kalau nak mati tak payah lah susahkan aku!"

Irsya terdiam.Air mata mengalir semakin deras apabila hatinya disiat-siat.

"Apasalah kau tak ikut mak bapak kau tu mampus sekali!"

Statik Irsya berdiri lalu menolak tubuh Idhan sekuat tenaganya.Idhan terkebelakang sedikit.

"Urusan kau cuma dengan aku.Yang kau nak babitkan mak bapak aku kenapa?!"

"SEBAB KEPALA OTAK KAU TU DEGIL NAK MAMPUS!"

"Aku atau kau!Ish!Aku penatlah dengan kau!Kejap ok kejap tak!Kau kenapa?!"

Idhan terdiam.Dadanya bertambah sakit apabila amarahnya bertambah.Lagi sakit apabila gadis itu menangis.

"Dah lah..Kau dari dulu sampai sekarang suka susahkan hidup aku.Kau kenapa?"Soalnya dengan nada mendatar.

Air mata Irsya mengalir lagi."Aku tak pernah susahkan kau.Tapi kenapa kau selalu anggap aku sebagai beban kau?Apa salah aku?Apa yang kau tak puas hati?"

"Aku penat..Tahu tak.Aku penat.Hati aku sakit.Sakit bila kau layan aku macam ni.Ye memang aku adik angkat kau.Tapi tak semestinya kau layan aku macam sampah."

"So,kau sedarlah diri kau tu SAMPAH?"

"Apa kau cakap ni?"

"Dah lah.Aku muak tengok kau.Sampah terbiar macam kau.Tu sebab kau kena halau dari rumah.Hidup kau merempat.Raih simpati keluarga aku."Ujar Idhan mengungkit kisah silam gadis itu.

"Dan..Perlu ke aku layan kau macam adik aku?Macam cinderella?Princess?Heh.Layak digelar SAMPAH."

Air mata Irsya mengalir deras lagi."Buat pertama kali dalam hidup aku,aku jumpa lelaki macam kau.Lelaki yang hidup BerRajakan EGO.Lelaki yang-"Irsya tidak dapat meneruskan kata-katanya.Sakit hatinya.Air mata pula mengalir semakin deras.

"Kau tak rasa apa yang aku rasa."

Irsya mengangkat muka memandang Idhan.

"Kau tak tahu apa aku rasa bila kau hampir kena langgar tadi.Kau tak rasa!Sebab tu kau boleh tuduh aku macam-macam!"Idhan menolak kasar tubuh Irsya.Irsya terdorong ke belakang sedikit.

"Jujur aku cakap.Aku tak pandai jaga perempuan,apatah lagi hati.Jadi kau jangan nak mimpi aku boleh layan kau macam orang istimewa."

"Tapi tak perlulah sampai naik tangan!"

"Sebab aku geram lah aku naik tangan BODOH!"

Irsya menggeleng perlahan kepalanya.Suasana senyap seketika sebelum Idhan mula bersuara.

Cinta Tak Setaraf [ C ] Where stories live. Discover now