Bab 53

39K 1.9K 266
                                    

CINTA TAK SETARAF

Aku bukan cinderella,bukan juga princess.

_________________________


SELESAI sahaja wudhuk untuk solat diambil,dia kembali menapak keluar dari bilik air.Matanya merenung pada satu susuk tubuh yang masih nyenyak beradu di atas katil.Senyuman nipis terlukis di bibirnya.Dilihat sekilas jam di dinding dan mula menapak menghampiri si isteri yang masih berselubung.Mesti mengantuk sangat ni.Malam tadi berjaga sampai pukul 2 pagi.

Punggung dilabuhkan disisi.Anak mata ralit merenung setiap inci wajah putih mulus itu.Tak disangka,wanita yang dibenci sehingga nekad mahu membunuhnya kini sudah sah menjadi isterinya yang abadi.Apabila terkenangkan semula dunia kekejamannya yang sanggup mencederakan kaum hawa,sebak di dada mula bertandang.Kesal.Dia kesal yang teramat.Betullah orang kata,jika kita melayan perasaan sehingga ke sudah takkan berhenti apabila kita tidak mencuba.Dan sekarang,Allah tunjukkan sesuatu.Allah beri ia sesuatu. Allah kurniakan sesuatu yang tak terjangka dalam hidupnya.

Mungkin dia lah keajaiban yang dia tunggu selama ni.

Keajaiban di mana dia berubah hampir 100%.Hadirnya dia,mengajarnya erti menghormati,mengajarnya erti menyayangi,mengajarnya erti kesabaran.

Air mata mulai bertakung namun segera dihapus.Bibir mengukir senyuman kecil mahu menghilangkan kegusaran yang melanda.Tak perlu kot untuk dia mengingatinya semula.Tangan naik mengusap lembut kepala si isteri.Tiada balasan.Tangannya dilekapkan pada tangan Irsya dan digenggam.

"Irsya.."

Irsya terjaga apabila terasa tangan hangat seseorang menyentuh kulit tangannya. Perlahan-lahan mata dicelik.Ditenyeh-tenyeh matanya supaya penglihatannya agak jelas sedikit.Wajah Idhan menyapa matanya.Senyuman kecil terbit di bibirnya.

"Ab-abang."Irsya menaikkan sedikit tubuhnya dan bersandar pada kepala katil.Rambut panjang yang menutupi hampir keseluruhan wajahnya disebak ke belakang oleh Idhan.

"Ngantuk eh?"Irsya mengangguk.Gila tak mengantuk.Idhan punya pasal lah ni ajak berjaga sampai pagi.Ada ke patut,bila dia tak boleh tidur diajaknya Irsya sekali menonton video lawak.Dah gelak terbahak-bahak macam mana nak tidur?Hilang terus nafsu ngantuknya. Pipi ni masih lagi terasa kejang.

"Dah bangun lepas tu bersihkan diri.Kita solat subuh sama-sama."

Mata Irsya ralit memandang tubuh lelaki itu yang sudah lengkap berbaju melayu serta kain pelekat.Dan matanya jatuh pada tangannya yang disentuh Idhan.

"Abang dah ada wudhuk?"Idhan mengangguk."Pergi ambil balik."Arah Irsya membuatkan lelaki itu mengerutkan dahinya.

"Kenapa?"

"Abang sentuh Irsya.Batal lah."

"Eh?Eh aahlah.."Idhan tersengih."Nasib cuma sentuh.Kalau abang makan macam mana?"

"Tengok tu!!" Irsya menjuih bibir. Tangannya yang berada digenggaman lelaki itu dielus lembut.

"Dah bangun."

"Hmm.."

Saat Irsya mahu bangkit,tubuhnya kembali terbaring sambil dipeluk kemas lelaki itu. Kepala Idhan yang bersandar didadanya membuatkan Irsya tidak cukup nafas. Pelukan yang kejap itu betul-betul membuatkannya gugup.

"Ab-abang."

Idhan tersengih. Dipeluk semakin rapat sehingga tidak mahu lepas. Irsya pula menggigit bibir. "Abang...Lepas.Nanti terlepas waktu subuh."

"Sabarlah..Abang belum peluk sayang dari semalam lagi..Bagilah-"

"Abang! Solat subuhlah dulu!" Tubuh Idhan ditolak-tolak supaya melepaskan tubuhnya. Lelaki itu mengangkat wajah seraya wajah tak bersalah terpampang.

Cinta Tak Setaraf [ C ] Where stories live. Discover now