prologue | hurt

178K 5.9K 293
                                    

Bella yang berusia 9 tahun duduk bercangkung di atas pasir taman permainan yang berada tidak jauh dari rumahnya. Dia sedang tertunduk sambil tangannya menggemgam pasir.

"Apa kau nak ?! Aku dah cakap kan aku bukan anak haram !" Jerit Bella sambil mengangkat mukanya yang basah dihujani air mata. Mukanya habis merah dan lencun. Namun, sekumpulan budak lelaki yang berada di hadapannya langsung tidak beriak.

Nak mengharapkan perasaan belas kasihan itu sangat mustahil. Mereka hanya buat tak endah sahaja dan bersedia untuk membuatkan hidup Bella lebih merana.

" Kalau macam tu, mana bapak kau ?! Orang yang tak ada bapak ni semua anak haram. Mak kau tu sundal ! " Budak lelaki yang berusia 12 tahun itu menempik ganas sambil menyepak pasir di hadapannya menyebabkan rambut dan muka Bella terkena pasir tersbeut. Dia mengendahkan sahaja tangisan Bella yang semakin menjadi-jadi.

" Huh dasar budak manja ! Muka dah lah hodoh ! " seorang lagi lelaki yang berada di sebelahnya menunjal kepala Bella, kasar sehingga menyebabkan Bella terganjak lalu terbaring di atas pasir itu.

" Mulai hari ini, kau tak boleh datang sini lagi ! Ni tempat kami ! . Kalau kau datang jugak, penumbuk aku ni akan singgah dekat muka kau! " Amaran keras diberikan oleh salah seorang daripada mereka yang berkaca mata. Sungguh kejam. Selepas itu, mereka berlalu pergi begitu sahaja, meninggalkan Bella teresak-esak menangis. Dadanya berombak laju dan nafasnya tersekat-sekat.

Apa yang dia dah buat sampai perlu lalui semua ni ? Dia hanya anak kecil yang masih tidak tahu akan kehodohan dunia ini.

Setiap masa dia rasa keseorangan. Semua orang buli dia tanpa sebab yang masuk akal. Kenapa dia ? Kenapa mesti dia ?

Bella pejam mata rapat-rapat. Hati terasa sakit bila teringatkan seorang insan yang sangat penting dalam hidup dia tapi tak pernah walau sekali pun dia berjumpa dengan lelaki tersebut.

" Ayah.. ayah pergi mana ? "

Dan semuanya gelap.

My Gangster Protector | Malay Novel | In Editing Where stories live. Discover now