14 | ghost

66.6K 4.6K 300
                                    

BELLA ROSALLES [ POV ]

Disebabkan Dennis tak guna dah meracun fikiran aku dengan cerita tahyul dia, aku memang tak dapat nak tidur. Kata-kata dia tadi sentiasa terngiang-ngiang di telinga aku.

Hantu raya pak samad !

Siapa pak samad ?

Orang kampung ni yang tinggal di belakang rumah nenda. Tak adalah jauh sangat rumahnya dari sini. Mungkin dalam 10 minit berjalan kaki akan sampai.

Dan itulah sebabnya kenapa aku tak boleh tidur sampai sekarang ! Bapak dekat sia dengan rumah nenda ! Kang tak pepasal dia terbang datang sini nak jenguk aku? Tak ke naya ? Sudah la aku tidur seorang. Yang lain tidur dekat ruang tamu.

Sekarang dah pukul 12 malam tepat. Hari ini hari khamis malam jumaat. Aku dah menggeletar di bawah selimut ultraman yang aku bawa. Sudah berkali-kali aku pusing ke kiri dan ke kanan namun mata tetap tidak mahu terlelap.

Apabila sudah puas berfikir, aku mengambil keputusan untuk bangun dari katil dan keluar dari bilik untuk ke dapur. Maybe a glass of water will calm me down.

Keadaan luar bilik memang gelap sangat. Maklumlah semua orang dah tidur, aku je penakut sebab tak boleh tidur. Apa-apa pun ini salah Dennis ! Tetap salah dia !

Dengan meraba-raba dinding, aku masih separuh jalan untuk ke dapur. Sebenarnya ada je suis lampu tapi aku tak jumpa. Maklumlah bukan rumah sendiri.

Setiap langkah aku diiringi dengan bunyi lantai kayu yang sudah bertahun-tahun gah dibina menjadi rumah. Sumpah ni memang scary. Bulu roma aku menegak tiba-tiba.

" Woi "

" AAAAAARRGGHHHHHHH " tanpa sempat otak aku bergerak memikir sesuatu, tangan aku laju sahaja bertindak untuk memukul ke arah objek yang berbunyi tadi.

HANTU RAYA PAK SAMAD SESAT DALAM RUMAH NI KE SIAAAA

" Bongok, ni aku bukan hantu "

Lalu kedengaran suis lampu terbuka.

" dah tak reti nak bukak lampu ? " Rafael menunjukkan suis lampu di sebelahnya lalu berpeluk tubuh melihat aku yang berada dalam kedudukan ingin menerajang pihak lawan dengan buku lima diangkat.

" tak, aku cuma tengah exercise sebelum tidur haha " aku mula menggaru kepala yang memang tengah gatal. Adakah penipuan aku sebentar tadi tak logik ? Sebab Rafael dah gelak berguling-guling.

Tak aku gurau je, dia cuma tersengih, lucu. Mamat beku ni mana nak reti gelak berguling-guling macam apa yang sering dilakukan oleh Luke, Jackson, Dennis dan Keith.

" k-kau buat apa tak tidur lagi ? " aku cuba menukar topik sebab sekarang memang aku tengah tahan malu ! Jatuh maruah aku kalau dia tahu aku ni penakut !

" Aku tengah Video Call tadi "

" eh line sini laju ke ? " tanya aku bingung sebab selalunya di kampung, line macam lahanat tak pun lahabau. Tambahan pula, aku tak on kan phone aku lagi.

" Sini ada Wifi "

oh wifi.

HAH WIFI ?

Bapak maju. Rumah aku yang dekat bandar tu pon tak ada wifi. Dekat kampung yang dikelilingi pokok dan sawah padi ni ada wifi ? Nenda main wechat ke apa ?

" kau Video Call dengan sape tengah malam buta ni ? Awek eh ? " aku mengangkat-angkat kening tanda ingin mengusik. Yalah, malam-malam buta ni nak bergayut dengan siapa lagi kalau bukan dengan kekasih yang tersayang ?

My Gangster Protector | Malay Novel | In Editing Where stories live. Discover now