29 | truancy

49.3K 3.6K 129
                                    

BELLA ROSALLES [ POV ]

" Apa kau cakap ni ? " Luke masih cuba untuk sembunyikan apa yang jadi. Kenapa nak sorokkan ? Dia tak percayakan aku ke ?

" kenapa kau tak bagitau aku yang diaorang kene gantung sekolah ? " aku mengangkat phone aku ke arah mukanya. Luke senyap dan membaca satu-persatu apa yang tertera di skrin telefon.

" Wait ! Pahal aku, Keith, Rafael, Dennis dengan Jackson tak ada dalam group kelas ? " dalam situasi macam ni boleh pula dia fikir pasal benda lain.

" dah kau anti social ! Asyik nak gerak berlima je, macam lah kau selalu sembang dengan classmate lain ! " aku tengking dia sekuat yang aku boleh. Ini fakta guys, bukan auta.

" aku tanya ni, kenapa kau tak bagitau aku ? Kenapa kau tipu aku ? Kenapa kau tak terus terang dengan aku ? " Aku tumbuk dada Luke dengan kuat berkali-kali sehingga dia terganjak ke belakang.

" kau tahu tak aku risau dekat diaorang ! " kalini mata aku dah start berair. Rasa macam nak nangis pun ada. Kalau Adam tak bagitau dalam group kelas tadi, sampai ke tahun depan pon aku tak tahu !

" ak-aku bukan nak berahsia tapi, aku malas nak bangkitkan masalah ni . Masalah kecil je pun. " dia bagi alasan tak munasabah.

" masalah kecil kau cakap ? Rafael dengan Keith kene gantung sekolah sebab gaduh ! Kau fikir ni masalah kecil ?! "

" chil la Bella. Ni bukan kali pertama. Its gonna be okay. " dia cuba untuk meraih sebuah pelukan tetapi pantas aku menolak Luke sehingga dia berganjak ke belakang kembali. Geram punya pasal, terus aku tinggalkan dia seorang. Air mata aku memang dah tak boleh bawak bincang. Habis basah muka aku.

Aku berjalan dengan cepat ke khemah pasukan Scarlet. Apabila masuk sahaja ke dalam Khemah, laungan Haiden dapat aku dengar dengan jelas.

" Bell ! Kejap lagi kau ada acara memanah tau ! start 10 minit lagi. Pencabar terkuat kau Jackson. Get ready eh " Beritahunya sambil menyusun beberapa kertas di atas meja urus setia.

Aku buat tak endah sahaja lalu berlari keluar dari khemah balik. Aku pergi ke arah pagar hadapan sekolah. Mata aku ligat memerhati sekeliling takut-takut ada orang nampak apa yang tengah aku buat sekarang.

Ya, Seketul Bella sedang cuba untuk ponteng sekolah. Gila bukan ? Tapi itulah, aku telah menerima nasihat Rafael beberapa hari lepas bahawa dalam hidup ni kita kena buat benda gila, barulah boleh merasai nikmat kehidupan.

Cun ! Tak ada orang langsung kiri dan kanan. Pak cik gurd dua orang tu pun tidak kelihatan, guru-guru pula sekarang ada dekat padang sekolah sebab sekarang acara masih belum tamat. Aku je yang larikan diri.

Mesti Haiden akan mengamuk dekat aku esok sebab lari dari acara dan curi tulang sebagai penolong dia dan naib pengerusi pasukan. Ah lantak lah ! Sekarang aku nak ponteng jugak ! Aku nak terjah rumah Rafael !

Tapi bila fikir balik, takkan aku nak ponteng dengan lari dari sekolah ? Yalah aku datang sekolah bukan naik sebarang kenderaan, Jalan kaki sahaja.

Apsal aku tak terfikir benda ni dari awal ? Aku hentak kaki, kegeraman. Geram sungguh dengan diri sendiri yang tersangat bijak.

Baru sahaja ingin berputus asa dan kembali mengundurkan diri, aku tak sengaja ternampak Dennis yang tengah kayuh basikal yang berwarna pink. Gigih betul dia kayuh basikal keluar dari perkarangan sekolah.

Adakah dia juga cuba untuk ponteng sekolah ?

Aku tersengih, syantek !

" Dennis ! " aku berlari ke arahnya sambil melambaikan tangan, dia yang terkejut dengan laungan aku segera mengusap dadanya.

My Gangster Protector | Malay Novel | In Editing Où les histoires vivent. Découvrez maintenant