39 | hug

55.2K 3.7K 246
                                    

BELLA ROSALLES [ POV ]

Perlahan-lahan, mata aku terbuka. Aku mula mengubah posisi baring aku kepada posisi duduk. Alat pernafasan aku tanggalkan. Tekak terasa sangat perit.

Aku cuba mencapai segelas air masak yang berada di atas meja bersebelahan dengan kiri katil dan meneguknya sehingga habis. Aku berdehem beberapa kali untuk menstabilkan tekak aku yang terasa sangat kering.

Bila aku lihat di sebelah kanan aku, aku nampak sekujur tubuh sedang kaku di atas sofa. Dia sedang tidur dengan berlapitkan lengan sasanya. Bila tengok pada riak wajahnya, dia jelas kelihatan sangat penat. dia teman aku dari aku masuk hospital sampai sekarang ke ?

Air mata aku tiba-tiba sahaja nak keluar. Rasa terharu.

Kenapa Rafael sangat baik pada aku ?

Aku tengok jam yang tergantung di dinding, sudah menunjukkan pukul 3 pagi. Aku lihat sekeliling. Bilik ini kelihatan sangat mewah. Seperti berada di dalam hotel lima bintang. Siapa yang sponsor semua ni ?

Tiba-tiba aku teringatkan sesuatu.

KEITH !

dia pun rebah masa makan kek tu. Kami mempunyai alahan yang sama.

Oh Tuhan, Dia okay ke sekarang ?

Aku dah mula risau.

" kau okay ? " kedengaran suara serak Rafael bertanya dari jauh. Dia bangun daripada sofa tersebut dan segera mendekati aku. Aku mengangguk sahaja. Suasana jadi tegang seketika. Senyap menyelubungi kami. Sehinggalah dia tiba-tiba bersuara kembali.

" I miss you like an idiot misses the point." Ucap Rafael dengan pandangan mata yang redup. Sungguh ikhlas kata-kata yang keluar daripada mulutnya. Dia memandang tepat ke arah aku.

" Every piece of me aches for you. " dia mula memegang tangan aku lalu di letakkan pada pipinya.

" jangan buat aku risau lagi. Aku boleh jadi gila bila tengok kau sakit. " kemudian dia bawa tangan aku pada bibirnya, mengucup lembut.

Aku dah tak boleh tahan. Terus aku nangis dekat situ jugak. Aku rasa bersalah sebab dah buat dia risau macam ni dan hati aku juga sakit bila tengok dia tidak seperti Rafael yang selalu. Yang selalu tenang dan tidak kisah pasal benda di sekeliling.

Dia menepuk-nepuk lembut peha aku, memujuk supaya aku berhenti menangis. Selepas beberapa ketika, air mata aku sudah pun berhenti. Tapi, Rafael masih lagi menatap muka aku. Tidak lepas walaupun sesaat.

" kau tak sakit badan ke tidur atas sofa tu ? " aku tengok sofa tu. Nampak macam tak berapa nak lembut or gebu macam katil yang aku duduk sekarang ni.

" cakap sajalah yang kau nak aku tidur atas katil ni dengan kau kan ? " Rafael tersenyum sinis. Yes guys, the naughty Rafael is back.

" naik lah. " aku mengesotkan diri aku ke tepi. Tak jadi masalah kalau Rafael nak kongsi katil dengan aku sebab katil ni saiz king kot. Besar. Lebih dari cukup.

Dia selamba sahaja memanjat naik. Kemudian dia selimutkan dirinya dengan selimut yang aku guna. Kami berkongsi satu selimut yang sama.

" kau patut tidur. " bisiknya di telinga aku. Walaupun katil itu besar tapi dia nak juga bertempel dengan aku. Tangan dia mula menjalar dan menarik pinggang aku supaya belakang badan aku tersandar pada dada bidangnya.

" you fit perfectly in my arms, Bella. " tangan sasanya kini mula memeluk aku. Aku bagai hilang kawalan. Terasa bahagia bila dia berbuat demikian. Jantung aku tidak henti-henti berdegup kencang. Tapi, apa yang aku paling terkejut..

Dapat aku dengar yang jantung Rafael juga berdegup laju saat itu.

"Mimpikan aku." Suara garaunya yang menyapa gegendang telinga aku itu kedengaran sangat seksi ! dia kemudian menutup lampu dan bilik tersebut mulai gelap.

My Gangster Protector | Malay Novel | In Editing Where stories live. Discover now