11 | drug

68.1K 4.7K 566
                                    

BELLA ROSALLES  [ POV ]

Malang, sangat malang. Hari ini hari jumaat. Bermakna aku kene pergi ke kampung halaman nenda Rafael. Tak sekarang kenapa aku terjebak sekali ?

Aku sepak batu kecil yang berada di hadapan aku. Sekarang, aku sedang berjalan pulang ke rumah. Pukul 4:30 petang kejap lagi memang dah kene bertolak ke kampung tersebut. Kami akan pergi ke sana dengan menaiki kereta yang dipandu oleh Sir Alex.

Aku tak sanggup ya Tuhan ! Aku sungguh sanggup dan sangat suka basuh tandas daripada pergi ke kampung tersebut. Bukan aku ni orang cerewet ke apa. Tapi, tu bukan kampung aku pown. Tambahan pula, aku pergi dengan lima ekor beruk tu. Di manakah silapnya ?

VROOOMMM

Bunyi enjin motor berkuasa tinggi mengejutkan lamunan aku. Aku melihat si penunggang. Dia sedang menuju ke arah aku. Apabila sampai betul-betul di hadapan aku, dia mula berhenti dan menanggalkan topi keledarnya.

Itu si Rafael taguna.

" Apa kau nak ? " dengan dingin aku bertanya. Muka dia sangat handsome tapi tak tahu kenapa sekarang aku nak sepak terajang muka handsome tu.

" bagi phone kau " dia menghulurkan tangannya, meminta apa yang dia mahu. Amboi cantiknya perangai !

" Aku tak ada phone lah "

" jangan nak melawak, mak cik cleaner rumah aku pun pakai iphone. Please jangan buang masa aku. " dia menggulingkan matanya ke atas. Fikir aku kesah ke pasal makcik cleaner dia ?

Dengan muka yang memang pasrah dan mengalah, aku mengeluarkan iphone 5s di dalam pocket aku lalu menghulurkan kepadanya. Ini pemberian daripada mama kepada aku. Hadiah yang sangat special. Aku tak sangka pada hari lahir aku yang ke 15, mama aku bagi iphone. Walaupun bukan edisi baru tapi aku tetap gembira dan bersyukur.

Rafael mengeluarkan phone dia dan mula menekan sesuatu di atas skrin kekunci.

" password ? "

" teka lah sendiri " aku sengih jahat.

" nak aku baling phone ni dekat dinding ? " soalnya sambil mengangkat sebelah kening.

Dasar jerk !

" password dia birthday aku " saja bagi jawapan macam tu sebab nak buat dia rasa annoyed.

" kau fikir aku stalker kau ke tahu tarikh birthday kau bagai ? " ha bertubi dia attack aku balik.

" 322002" malas nak panjangkan perbalahan yang tiada penghujung ini, aku mula mengalah.

Dia mula mendail sesuatu di handphone aku dan handphonenya. Selepas selesai dia memberi semula phone aku.

" petang ni jangan lambat. Berkumpul dekat rumah aku. Nanti aku send location  "

" aku orang pertama yang akan sampai nanti " dengan confident aku menjawab. Mata aku mula memandang anak matanya tanda tidak mahu kalah. Tetapi dia hanya buat muka 'apa-apa sajalah' .

Dia pakai semula topi kaledarnya dan mula berlalu pergi. Ceh, tak kasi aku tumpang pown. Sudah lah baju memang aku tak packing lagi. Kebenaran mama pown aku tak minta lagi. Lagi pula, pasti mama masih belum pulang ke rumah.

Apa alasan aku nak bagitau mama nanti ya ?

**🌙**

" hello mama ? Bell nak minta izin mama nak pergi kampung kawan Bell petang ni. Katanya ada buat majlis makan-makan sambut birthday. Hari ahad malam baru Bell balik rumah. Boleh tak Ma ?" Aku menelan air liur, perit. Rasa bersalah sebab tipu mama. Padahal aku pergi kampung nenda Rafael sebab kene denda.

My Gangster Protector | Malay Novel | In Editing Where stories live. Discover now